Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts

Thursday, May 3, 2018

Misi Untuk Berkebaya Merah Di Aidilfitri | Ruang Santai

Assalamualaikum dan selamat pagi yang indah korang...

Mesti ramai yang impikan nak berkebaya merah, hijau emerald, gold, royal blue dipagi Aidilfitri nanti kan? Itu antara impian CM juga tau. Gara-gara tengok Umi Aida yang gojes dalam filem Dukun tu, ramai yang up status facebook nak ber ‘Red Kebaya’ di Hari Raya nanti. CM pun terjebak sekali. Tapi... I am suka yang simple-simple je (sebenarnya nak cover, badan dah demoks sekarang 😁 hahaha)

Okeylah, sebenarnya boleh je nak berkebaya. Bukan orang kurus-kurus je ada tiket untuk cantik berkebaya. Yang chubby pun cantik berkebaya tau! Dengan syarat ada cutting la. Jangan yakin sangat nak berkebaya tapi cutting straight bak pohon jati 😂 huhuhu. But, if uols with high self confidence, takde masalah pun. Pakai je la diknon. 

So, apa kita perlu target nak berkebaya ni? Firstly, of course kena fokus bahagian tummy. Kalau rasa-rasa perut buncit, sila la buat sesuatu. Hai, fikirkan tummy, murung sekejap. Sapa geng? Alah, korang-korang jangan nak cover sangat. Jujur hokey! 😝 

Ni anatara senaman yang boleh kita buat sepanjang puasa sebelum menjelang Aidilfitri. Tapi, beringat la ye. Jangan sampai exhausted! Puasa tau... buat santai-santai je. Jom mulakan dari hari ni. Fighting for Red Kebaya!

cikmasland.blogspot.my
Gambar Google. Kredit kepada Darebee.com

Okey, cara senaman untuk dapatkan flat tummy dah ada. Whats next? Diet? Owh, tak perlu fikir diet lagi. Sebab kita memang bakal berada di Bulan Puasa. Time ni, badan akan melalui proses detox. So, apa yang perlu kita buat, hanya pastikan time bersahur dan berbuka tu, kita banyakkan minum air, makan makanan yang sihat dan kaya dengan protein untuk kekal bertenaga sepanjang puasa dan dapatkan kembali tenaga yang hilang selepas berbuka. CM yakin, ramai yang expert bab healthy food ni kan. So, no need to mention again.

cikmasland.blogspot.my
Inspirasi CM ❤️

*****

CADANGAN SUPLIMEN SEPANJANG BERPUASA
Hidangan Lengkap dan Pantas 
Kurangkan Inci dan Membekalkan Nutrien seperti satu hidangan. Tak perlu risau perut lapar lagi! Dapat berpuasa dan dapat kurangkan inci juga - 
Cinch Shake Mix Shaklee

10% Diskaun Dengan Pembelian Twin Pack
Menyegarkan dan menghilangkan Dahaga. Dengan proprietari OPTI-Lyte campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat dapat membekalkan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum - Performance Drink 

Minuman Yang Sedap, Berkrim lagi Berkhasiat.
Sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk semua peringkat umur. Salah satu suplimen cadangan untuk anak-anak yang baru mula belajar berpuasa - Meal Shakes

Anda mungkin juga berminat:

Sumber Protein yang terbaik dan Membekalkan tenaga. Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah Gastrik dan Diabetes. Ianya RENDAH Glisemik Indeks (GI) & Non-GMO - ESP
cikmasland.blogspot.my
SET PREMIUM DI BULAN RAMADHAN

Nota Kaki: Misi Ber ‘Red Kebaya’ is turning ON! 

*****
xoxo,
CM
#cmsipenulisblog
#cmsipenjualshaklee
#pengedarshakleepantaidalam
Klik Info Lanjut

Sunday, April 8, 2018

Dato’ Siti Nurhaliza Turun 14kg Lepas 17 Hari Bersalin. Ketahui Rahsianya! | 7 Tips Kurus

cikmasland.blogspot.my
Geram betul tengok si #comelpipimerah Baby Siti Aafiyah tu. Comel betul kan! Rasa nak tarik-tarik pipi dia tu. Hihi.. Alhamdulillah, berkat sabar selama 11 tahun, akhirnya penantian Tokti selama ini Allah kurniakan bayi perempuan yang sangat comel. Semoga Baby Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia & akhirat. Amin.

Apa yang menarik minat CM lagi, Dato’ Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti hilang 14kg dalam masa 17 hari berpantang. Wah, memang amazing!

CM pun ada pengalaman yg sama. Almost 20kg+ lost lepas bersalin kembar tu. Memang dalam pantang tu terasa badan melayang bila berjalan. Hahaha, rasa ringan sangat badan. 76kg turun ke 52kg. Memang wow kan! Ni CM nak share Tips untuk korang turunkan berat badan selepas bersalin.

cikmasland.blogspot.my

cikmasland.blogspot.my
*****

7 Tips 
Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin

1. AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DARI AWAL KEHAMILAN LAGI 

Sekarang ni, macam-macam info kita boleh cari. Semudah ABC’s je. So, korang google la makanan-makanan sihat semasa hamil dan semasa berpantang. Tabiat Pemakanan yang sihat sejak hamil juga dapat membantu ibu-ibu mudah menurunkan berat badan selepas bersalin.

cikmasland.blogspot.my
Jangan jadikan alasan semasa mengandung, kuantiti makanan yang diambil perlu untuk 2 orang. Kononnya, bayi dalam kandungan pun nak  makan sekali. Ye ke? Itu hanya satu mitos sahaja. Sebetulnya, Bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi terbaik yang disalurkan dari ibunya untuk membantu tumbesaran. Bukan makan sekali dengan ibunya tau. Oleh itu, ibu-ibu kena la jaga pemakanan yang sihat semasa hamil lagi. Pastikan pemakanan anda mengandungi khasiat dan nutrisi yang baik untuk disalurkan pada bayi. 

ANDA MUNGKIN BERMINAT:

2. MENYUSUKAN BAYI ANDA SECARA EKSLUSIF SELAMA 6 BULAN atau CUKUPKAN SELAMA 2 TAHUN

Part ni mana-mana ibu pun jangan nak skip ye. Menyusukan bayi anda adalah peluang untuk anda turunkan berat badan selepas bersalin dengan cepat. Selain memberi kebaikan pada bayi, ibu juga dapat faedahnya. 

Dengan menyusukan bayi anda, metabolisme badan anda akan meningkat. Sebab tu ramai ibu-ibu lepas bersalin mudah untuk kurus! Metabolisme badan yang tinggi dapat membantu memecahkan lemak-lemak di bahagian perut, pinggul dan peha.

So, jangan SKIP susukan bayi anda!

INFO: 
Tahukah anda komposisi utama susu ialah air dan protein? Oleh itu banyakkan pengambilan protein dan air untuk menggalakkan penghasilan susu. Selain itu, anda juga boleh berikhtiar dengan makanan tambahan seperti kurma, air longan, dan halba untuk membanyakkan susu badan. 
“ESP SHAKLEE juga merupakan makanan tambahan yang membekalkan protein yang terbaik dan semulajadi. Menjadi pilihan ibu-ibu hamil dan berpantang masa kini”
cikmasland.blogspot.my
Selain itu, menyusukan bayi anda juga dapat membakar sebanyak 500 kalori sehari. Malah ia juga membantu mengecutkan rahim ke saiz asal! 
ANDA MUNGKIN JUGA  BERMINAT:

3. BERTUNGKU

Kenapa perlu bertungku? Selain pantang makanan dan berbengkung, amalan bertungku juga adalah amalan tradisional yang biasa diamalkan. Faedah bertungku ialah, badan dapat menyerap haba dari herba-herba yang berkhasiat.

 Ini dapat membantu mengeluarkan peluh dan membantu membuang toksin didalam badan ibu sekaligus dapat memecahkan lemak-lemak berlebihan yang terdapat diperut, pinggul dan peha.

cikmasland.blogspot.my
4. MEMAKAI BENGKUNG

Bengkung tradisional orang Melayu, harus dipakaikan dengan kemas bagi tujuan mendapatkan bentuk badan. Malah ini dapat membantu mengempiskan perut si ibu setelah mengalami regangan kesan kehamilan dan membuang lebihan angin didalam badan. 

Bagi ibu yang melahirkan melalui pembedahan, anda mungkin boleh memakai bengkung selepas 30-40hari bersalin. 

5. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

Meminum air masak memang banyak manfaatnya. Antaranya untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik kerana air juga meningkatkan metabolisme dan membantu untuk rasa kenyang. Membantu memberi tenaga kepada ibu, dan 70-80% dapat mengurangkan stress ibu selepas bersalin. 

INFO LAGI:

6. BANYAKKAN BERGERAK
Banyakkan bergerak bukan bermaksud melakukan senaman untuk kuruskan badan. Tapi sekadar berjalan santai didalam rumah. Mungkin sambil mendodoi bayi anda. Dengan ini, dapat membantu tubuh ibu kembali kuat dan bertenaga. 

Tapi awas! Jangan sampai ke shopping mall pula ya. 

7. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP DAN ELAK STRES! 

Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakkan ibu tidak cukup rehat dalam waktu berpantang. Kebiasaannya, ibu akan banyak berjaga diwaktu malam untuk menyusukan bayi. Jika berlarutan, akan menyebabkan ibu kurang rehat dan dalam keadaan stres. Kurang rehat dan stres merupakan punca tekanan metabolisme akan menurun. Dan ini menyebabkan berat badan yang diidamkan tidak dapat dicapai selepas bersalin. 

cikmasland.blogspot.my

Dinasihatkan, jika bayi anda tidur selepas menyusu oleh sebab kekenyangan, ibu harus mengambil kesempatan ini untuk sama-sama tidur bagi merehatkan badan. Bila ibu mendapat waktu rehat yang berkualiti, mood akan happy dan badan akan kembali bertenaga. 

*****

Nota Kaki: Waktu berpantang adalah waktu yang paling best bagi CM. Sebab, time ni ibunda kesayangan yang jaga CM. Alhamdulillah...Walau agak kelam-kabut dengan anak kembar, tapi tetap ceria. Hihi..  Semoga Allah bukakan pintu Syurga seluas-luasnya buat bonda CM tersayang. ❤️ AMIN.

*****
Lavs, CM
012.2218698
#CMsipenjualshaklee
#CMsipenulisblog

*KLIK ICON DI SEBELAH KIRI UNTUK TERUS BERHUBUNG DENGAN CM

Klik Info Lanjut