Wednesday, January 31, 2018

Resepi Tom Yam Ala Thai Versi CM Mudah Dan Sedap | CMsmallkitchen

Assalamualaikum & selamat malam.
Siapa peminat Tom Yam? CM salah seorang peminat Tom Yam. Tambahan lagi musim hujan-hujan dan cuaca sejuk ni. Aroma dari bau Tom Yam je pun dah buat perut lapar kan. Tambahan pulak kalau match dengan telur dadar. Memang berselera la makan sambil hirup kuah. So, entri malam ni CM nak share resepi Tom Yam Ala Thai mudah dan memang sedap. 

Yang penting resepinya pun ringkas. Dan waktu penyediaan pun dalam 15 minit je. Cepat kan? ๐Ÿ˜ Sebelum tu nah CM belanja gambar Tom Yam Ala Thai yang CM buat semalam. Ingatkan kembar tak suka. Rupanya sampai menghirup kuah juga. Licin seperiuk. Hati mami pun senang.

resepi tom yam ala thai yang sedap
Okey, jom layan resepi Tom Yam Ala Thai versi CM.

Resepi Tom Yam Ala Thai Versi CM:
  • Ayam (Potong Kecil-kecil)
*CM buat ni Tom Yam Ayam. So takde la seafood. Bagi uols yang nak buat Tom Yam campur, boleh la add on Udang & Sotong ye)

BAHAN UNTUK DIKISAR:
  • 3-4 ulas bawang merah
  • Sebatang Serai 
  • Sebiji Tomato
  • 2 biji Cili Merah Thailand (Nak Pedas boleh tambah. Ikut suka uols)
BAHAN-BAHAN LAIN:
  • Pes Tom Yam (ikut suka. Nak best, beli pes tom yam ala Thai. Kata nak rasa ala Thai kan๐Ÿ˜ CM guna pes Adabi je)
  • Cauliflower
  • Carrot
  • Cendawan (ikut korang la suka cendawan jenis macam mana ye)
  • Bawang Holland (potong besar)
  • 3 biji Cili Thailand diketuk
  • 2 batang serai (dititik)
  • Seinci lengkuas (diketuk)
  • 1-2 biji limau nipis 
  • Tomato
  • 2 helai Daun Limau Purut (buang uratnya supaya makin berbau harum)
  • Daun Ketumbar (optional. Tapi ni fav CM. Memang best bau dia)
  • Garam & Gula (secubit je. Kalau dah guna perasa, jangan letak gula ye)
  • *** Rahsia CM letakkan sedikit susu segar / fresh milk. Dalam 3 sudu.
  • *** Yang minat makan sayur, boleh la tambah sayur2 yang sesuai dan kesukaan korang)
cili Thailand
CILI MERAH THAILAND

CARA-CARA MEMASAK:
  • Masukkan sedikit minyak kedalam periuk. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga garing dan berbau harum
  • Masukkan pes Tom Yam dan gaul rata. Kemudian masukkan Ayam. (Yang nak tambah seafood, udang dan sotong boleh masukkan lambat sikit. Supaya tak overcook!)
  • Masukkan air dalam 2 gelas. (Jangan terlalu banyak air. Sukatan air ni ikut korang ye. Sama ada nak kuah cair atau pekat)
  • Bila dah mendidih, masukkan serai, daun limau purut, lengkuas, cili & perahan limau nipis. Kacau.
  • Kemudian masukkan carrot, cauliflower & bawang holland. 
  • Perasakan dengan garam & gula. Masukkan susu segar / fresh milk tadi.
  • Kemudian masukkan cendawan. Akhir sekali tomato. (Supaya tomato tak lembik dan hancur). Masukkan daun ketumbar dan tutup api. 
  • Sedia untuk dihidangkan. 
•••••••

Ha, yang bestnya CM akan ulang-ulang ambil semangkuk hirup kuah dia. Malam cukuplah ambil ESP je. Pun dah rasa kenyang... Tak perlu nak masak menu lain lagi. Okey korang, selamat mencuba ye!

•••••
CM merupakan Pengedar Sah Shaklee. Berminat untuk ketahui tentang produk dan ingin mendaftar Ahli boleh wasap CM SEKARANG! Jimat Sehingga 20-30%!
daftar Ahli shaklee 2018
Hubungi CM 
***********************
CikMas Land 
Shaklee Distributor | SID 1066326 
012-2218698 | Klik DISINI

FB: Masdiana Hj Che Din
IG: @shaklee.by.cikmasland
Email: cikmasland@gmail.com

Free Consultation | RICH FIGHTER FAMILY
"I am NOT a product of my circumstances, I AM a product of my decisions"

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)