Showing posts with label Dear Diary. Show all posts
Showing posts with label Dear Diary. Show all posts

Monday, April 2, 2018

Selamat Datang Cik April! Selamat Tinggal Mr Mac | Dear Diary

cikmasland.blogspot.my

Assalamualaikum semua...

Agak lewat post untuk CM ucapkan selamat datang pada Cik April. Bukan apa, CM belum boleh move on nak tinggalkan Mr Mac. Sebab bulan Mac is my Birthday and Anniversary. Walau usiaku makin meningkat, ku syukuri dengan segala Nikmat yang telah Allah kurniakan. Siapakah kita untuk mendustakan nikmat yang telah Allah kurniakan? 

Nikmat Bahagia, Nikmat Sihat, Nikmat dikelilingi orang yang sayangkan kita, suami dan anak-anak, semuanya Nikmat Dunia yang Allah berikan. Subhanallah, Alhamdulillah... 
Terima Kasih Ya Rabb...

***

Selamat Datang Cik April

Macam-macam yang CM plan untuk Bulan April. Nak majukan diri, nak majukan empayar, nak upgrade iman, nak upgrade sifat sabar, tak mau banyak gosip, dan yang penting tak nak ‘membawang’... hahaha... 

Siapa makcik-makcik bawang tu, blog ni takde gosip untuk jadi modal membawang ye. Ops! Macam-macam la sekarang ni kan. Dari viral bab mengunyit sekarang membawang pulak. Semoga kita terhindar dari virus viral yang mengaibkan. Nauzubillah.

CM nak share kata hikmah dan pantun yang CM suka sangat ni dengan korang semua.

cikmasland.blogspot.my
“Jangan ditepuk air di dulang,
Nanti terpercik ke muka sendiri,
Jangan disebut aibnya orang,
Nanti terbuka aib SENDIRI”
Oleh itu, janganlah kita sewenang-wenangnya bercerita, share dan viralkan cerita yang kita tak pasti kebenarannya. Even cerita tu betul pun, kalau boleh kita tutup, kita tutup. Sama-samalah kita berubah dari buruk kepada baik, dari baik menjadi lebih baik. 

•••••
Ms April, Please Be Nice To Me!

Jom korang, kita plan apa yang kita nak achieve di Bulan April ni. 

Tips CM: Lakarkan apa yang korang nak capai, letak ditempat yang anda akan selalu nampak, sebut hari-hari, dan selebihnya panjatkan DOA pada yang Maha Pemberi. Jom jadikan sebagai rutin harian kita. InsyaAllah, tiada yang mustahil dengan izinNya. 
“We Plan, But Allah is always the best Planner”

Nota Kaki: “When we repair our relationship with Allah, He repairs everything else for us”

Lavs, CM
Si Penjual Shaklee ❤️

cikmasland.blogspot.my




Klik Info Lanjut

Wednesday, July 2, 2014

Dear Diary: Menu oh menu...

 
Assalamualaikum & selamat tgh hari para followers CML...

Jam dh nak pukul 2 petang. Time ni la bz memikirkan menu apa untuk berbuka puasa... Pening kan ibu-ibu semua... Tu belum cerita bab menu sahur pulak. Even yg ringkas2, tp tetap kena sediakan demi orang-orang tersayang... Takpe, Pahala buat kita semua tau. Janji, IKHLAS... Hihi

Bagi yg tengah tercari2 menu, CML suka juga menjengah ke blog Mat Gebu. Menu2 dia, mmg membuka mata, mencairkan air liuq ni... Semuanya nampak sedappp. So, highly suggested menerjah ke blog beliau yer bagi yg masih mencari menu. Tak pun, CHEF GOOGLE kan adooo... Dihujung jari ajer... Tinggal jadi atau tak je la... Hahaha ;)

Menu list dari dapur kecil CML hari ni:
✔️Kuey Tiow Goreng
✔️Sup Tulang Rusuk 
✔️Dessert


Tu antaranya la... Masak banyak-banyak pun, berbuka untuk 2 orang jer... So, ala kadar saja la. Jangan sampai membazir pulak kan... So, apa menu uols? 


Nota Kaki: Yang suka ke bazar ramadhan tu, berbelanja la secara berhemah yerrr... jangan ikut nafsu, nanti 'fening' tengak meja makan yang penuh dengan hidangan. Tapi tak berusik pon... Adios! 


Love,
CML :)
Klik Info Lanjut

Sunday, May 11, 2014

Nukilan Sayang Buat Bonda... Selamat Hari Ibu...

"Ibu oh ibu hatimu suci 

Tulus ikhlasmu mendidik daku 

Sanggup bersusah dan menderita 

Demi kebahgiaan sekeluarga"....


Selamat Hari Ibu untuk semua ibu & bakal ibu... Syukur dgn 'status' yg Allah pinjamkan buat kita... 


"Untuk ibu tersayang, semoga Allah lindungimu selalu... Tak terbalas segala jasamu ibu... Tak dapat dilupakan segala kebaikanmu... Tak dapat dibayangkan hidup tanpa mu... Ku bersyukur kerana dikau menjadi ibuku... Hanya kepada Allah jua ku panjatkan doa, ku mohon dirimu dimuliakan disana kelak... Aaminn Ya Rabb..."


Nukilan Sayang Buat Bonda...

CML



Klik Info Lanjut

Friday, April 4, 2014

Dear Diary: 3 Minggu Cuti Di Kampung (Muar & Raub)

Hanya #throwback... Kalau dapat balik kampung lagi kan best... Hahaha... Kemana lagi nak dituju... Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat lahirnya kita kan... So, balik kampung memang perkara yang paling BEST kot...

Kali ni, cuti 'kami' 3 minggu sahaja. Kalau tak, mesti cukup sebulan... Masa ni musim panas & jerebu teruk di KL. Dalam flight pun, tak nampak view masa nak landing... So, we decide untuk terus ke Muar je. 1 week & half di Muar, separuh lagi di Raub. Yang kelakarnya, air paip di Muar boleh pulak terasa MASIN... Hahaha... Kalau pergi 'ngeteh', teh tarik dah jadi payau kot... Huhuhu... U ols imagine la ye... It worst kan... Tapi, Alhamdulillah... Dalam 2-3 hari disana, hujan turun jugak membasahi bumi setelah 2 bulan KEKERINGAN kata my FIL. Syukur...
Balik kampung kali ni, my son demam panas hampir seminggu. So, not much to do. CML dah shared tentang demam disebabkan bakteria yang jahat tu (darah putih melebihi darah merah dari biasa). If got the same problem, rajin2 la cari entri tu yer...

Here some memories yg CML dapat captured... Zassss





*All picture are belong to www.cikmasland.blogspot.com (so, faham-faham la yer)

Lots of lavsss,
CML ;)

Klik Info Lanjut

Saturday, March 15, 2014

Dear Diary: Alkisah Sel Darah Putih Lebih dari Normal

Mood bercuti agak terganggu bila my son suddenly demam panas. Hati Ibu mana yang tak risau. Demam dia on off 38 up to 40 deg. Hadoiiiii.. Tingginya la. Ke klinik sudah, Hospital pun sudah. Kata Doc cuma demam biasa. Kesian pula tgk dia. Seawal 4 pagi kena mandi untuk turunkan suhu badan. Selesai mandi, lain pula ceritanya. Menggigil-gigil dia. 

Berbagai ikhtiar CML cuba. Dari moden membawa ke tradisional. Bawa dia pergi mengurut. Bila dah masuk hari ke-5 masih belum ok, terus bawa dia ke Children Specialist Clinic. Takut juga kena denggi. Kan akhir-akhir ni masalah demam denggi meningkat. Belum lagi cerita cuaca panas & masalah jerebu yang teruk sekarang ni. Huhuhu...

Bila ke specialist, Doc suggest untuk blood test . Alahai, ciannya kena ambik darah.. Sob.. Sob..sob...Dan resultnya Doc kata dia BEBAS Denggi. Tapi.... Darah Putih dia tinggi dari Tahap Normal. Thats why Suhu badan dia tinggi tiba-tiba sebab ingin melawan bakteria. Susahnya la hati mommy wahai anak... Tapi bila Doc kata ianya ok kalau darah putih tinggi dari darah putih rendah. Sebab kalau darah putih rendah ianya disebabkan serangan VIRUS contohnya denggi. Lega sikit bila dengar penerangan Doktor. Rupanya kalau darah putih tinggi dari biasa, ianya berpunca dari Bakteria. Dan penyelesaiannya hanya ANTIBIOTIK yang sesuai. So, Doc bagi dia Antibiotik jenis ZITHROMAX. Doc pesan in 2 days kalau masih demam, kena la jugak masuk wad.   Oh no...

But now, dah past 2 days... Dia dah kembali sihat dan aktif. Sujud Syukur PadaMu Ya Allah...

Kemungkinan yang dapat disimpulkan, sejak anak CML ni masuk tadika, kesihatan dia juga agak on off. Sekejap selsema, sekejap batuk. Same juga dengan kembarnya. Mungkin perubahan environment. 

Semoga perkongsian CML dapat membantu parents diluar sana yang mungkin mengalami masalah yg sama dengan CML. 


Sharing is caring,
CML

Klik Info Lanjut

Friday, February 21, 2014

Dear Diary: Thursday Blues As WAHM



Seronok, seronok, seronok sangatttt... Hampir 6thn bergelar isteri kepada Mr S Najib Kamaruddin.. Selama tu juga saya bergelar fulltime housewife. Lepas dapat sikembar, dalam otak dah boleh agak, sure aku akan jadi pengganggur berhemah sepenuh masa lepas ni. Tambahan pulak cik ahkak duduk di Sarawak. Nak mohon kerja, local person diutamakan. So, nekad la jual barang through online. Masa ni En Asben sy yang baik ni cabar. Kalau sy dapat jual 1 barang pun, memang dia tabik la. Itu la permulaan & semangat titik tolak sy sebagai seller online. 

Alhamdulillah, setiap hari adalah permulaan baru untuk saya. Nak kata kena tipu, ditipu & tertipu, itu saya telan & simpan. Saya bukan idola atau siapa2. Saya hanya seorang wanita, isteri & ibu. FEAR factor mmg besar dlm diri. Tapi kalau tak cuba, sampai bila-bila la kita masih ditempat yg sama. 

Alhamdulillah, rezeki Allah tak pernah berkurang bagi hambaNya yang berusaha. Rezeki saya bukan sebagai wanita bekerjaya, tapi rezeki saya dari rumah. Allah dah atur hidup saya sebaik-baiknya. Sekarang saya maju setapak lagi. Ingin berkongsi kebaikan pengambilan suplemen SHAKLEE dengan sahabat-sahabat saya. 

Nota Kaki: Untuk ibu2 dirumah,jangan takut ambil peluang. Kita tak tahu REZEKI kita. Tetapi, setiap usaha yang baik, insyaAllah, baik juga akhirnya. Untuk yang bercita-cita nak jadi WAHM pun, perlu ada plan dari sekarang. Peluang sentiasa ada, cuma mahu atau tidak je.

CML
#imworkathomewoman
#peacenowar

Klik Info Lanjut