Sunday, April 8, 2018

Dato’ Siti Nurhaliza Turun 14kg Lepas 17 Hari Bersalin. Ketahui Rahsianya! | 7 Tips Kurus

cikmasland.blogspot.my
Geram betul tengok si #comelpipimerah Baby Siti Aafiyah tu. Comel betul kan! Rasa nak tarik-tarik pipi dia tu. Hihi.. Alhamdulillah, berkat sabar selama 11 tahun, akhirnya penantian Tokti selama ini Allah kurniakan bayi perempuan yang sangat comel. Semoga Baby Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia & akhirat. Amin.

Apa yang menarik minat CM lagi, Dato’ Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti hilang 14kg dalam masa 17 hari berpantang. Wah, memang amazing!

CM pun ada pengalaman yg sama. Almost 20kg+ lost lepas bersalin kembar tu. Memang dalam pantang tu terasa badan melayang bila berjalan. Hahaha, rasa ringan sangat badan. 76kg turun ke 52kg. Memang wow kan! Ni CM nak share Tips untuk korang turunkan berat badan selepas bersalin.

cikmasland.blogspot.my

cikmasland.blogspot.my
*****

7 Tips 
Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin

1. AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DARI AWAL KEHAMILAN LAGI 

Sekarang ni, macam-macam info kita boleh cari. Semudah ABC’s je. So, korang google la makanan-makanan sihat semasa hamil dan semasa berpantang. Tabiat Pemakanan yang sihat sejak hamil juga dapat membantu ibu-ibu mudah menurunkan berat badan selepas bersalin.

cikmasland.blogspot.my
Jangan jadikan alasan semasa mengandung, kuantiti makanan yang diambil perlu untuk 2 orang. Kononnya, bayi dalam kandungan pun nak  makan sekali. Ye ke? Itu hanya satu mitos sahaja. Sebetulnya, Bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi terbaik yang disalurkan dari ibunya untuk membantu tumbesaran. Bukan makan sekali dengan ibunya tau. Oleh itu, ibu-ibu kena la jaga pemakanan yang sihat semasa hamil lagi. Pastikan pemakanan anda mengandungi khasiat dan nutrisi yang baik untuk disalurkan pada bayi. 

ANDA MUNGKIN BERMINAT:

2. MENYUSUKAN BAYI ANDA SECARA EKSLUSIF SELAMA 6 BULAN atau CUKUPKAN SELAMA 2 TAHUN

Part ni mana-mana ibu pun jangan nak skip ye. Menyusukan bayi anda adalah peluang untuk anda turunkan berat badan selepas bersalin dengan cepat. Selain memberi kebaikan pada bayi, ibu juga dapat faedahnya. 

Dengan menyusukan bayi anda, metabolisme badan anda akan meningkat. Sebab tu ramai ibu-ibu lepas bersalin mudah untuk kurus! Metabolisme badan yang tinggi dapat membantu memecahkan lemak-lemak di bahagian perut, pinggul dan peha.

So, jangan SKIP susukan bayi anda!

INFO
Tahukah anda komposisi utama susu ialah air dan protein? Oleh itu banyakkan pengambilan protein dan air untuk menggalakkan penghasilan susu. Selain itu, anda juga boleh berikhtiar dengan makanan tambahan seperti kurma, air longan, dan halba untuk membanyakkan susu badan. 
“ESP SHAKLEE juga merupakan makanan tambahan yang membekalkan protein yang terbaik dan semulajadi. Menjadi pilihan ibu-ibu hamil dan berpantang masa kini”
cikmasland.blogspot.my
Selain itu, menyusukan bayi anda juga dapat membakar sebanyak 500 kalori sehari. Malah ia juga membantu mengecutkan rahim ke saiz asal! 
ANDA MUNGKIN JUGA  BERMINAT:

3. BERTUNGKU

Kenapa perlu bertungku? Selain pantang makanan dan berbengkung, amalan bertungku juga adalah amalan tradisional yang biasa diamalkan. Faedah bertungku ialah, badan dapat menyerap haba dari herba-herba yang berkhasiat.

 Ini dapat membantu mengeluarkan peluh dan membantu membuang toksin didalam badan ibu sekaligus dapat memecahkan lemak-lemak berlebihan yang terdapat diperut, pinggul dan peha.

cikmasland.blogspot.my
4. MEMAKAI BENGKUNG

Bengkung tradisional orang Melayu, harus dipakaikan dengan kemas bagi tujuan mendapatkan bentuk badan. Malah ini dapat membantu mengempiskan perut si ibu setelah mengalami regangan kesan kehamilan dan membuang lebihan angin didalam badan. 

Bagi ibu yang melahirkan melalui pembedahan, anda mungkin boleh memakai bengkung selepas 30-40hari bersalin. 

5. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

Meminum air masak memang banyak manfaatnya. Antaranya untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik kerana air juga meningkatkan metabolisme dan membantu untuk rasa kenyang. Membantu memberi tenaga kepada ibu, dan 70-80% dapat mengurangkan stress ibu selepas bersalin. 

INFO LAGI:

6. BANYAKKAN BERGERAK
Banyakkan bergerak bukan bermaksud melakukan senaman untuk kuruskan badan. Tapi sekadar berjalan santai didalam rumah. Mungkin sambil mendodoi bayi anda. Dengan ini, dapat membantu tubuh ibu kembali kuat dan bertenaga. 

Tapi awas! Jangan sampai ke shopping mall pula ya. 

7. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP DAN ELAK STRES! 

Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakkan ibu tidak cukup rehat dalam waktu berpantang. Kebiasaannya, ibu akan banyak berjaga diwaktu malam untuk menyusukan bayi. Jika berlarutan, akan menyebabkan ibu kurang rehat dan dalam keadaan stres. Kurang rehat dan stres merupakan punca tekanan metabolisme akan menurun. Dan ini menyebabkan berat badan yang diidamkan tidak dapat dicapai selepas bersalin. 

cikmasland.blogspot.my

Dinasihatkan, jika bayi anda tidur selepas menyusu oleh sebab kekenyangan, ibu harus mengambil kesempatan ini untuk sama-sama tidur bagi merehatkan badan. Bila ibu mendapat waktu rehat yang berkualiti, mood akan happy dan badan akan kembali bertenaga. 

*****

Nota Kaki: Waktu berpantang adalah waktu yang paling best bagi CM. Sebab, time ni ibunda kesayangan yang jaga CM. Alhamdulillah...Walau agak kelam-kabut dengan anak kembar, tapi tetap ceria. Hihi..  Semoga Allah bukakan pintu Syurga seluas-luasnya buat bonda CM tersayang. ❤️ AMIN.

*****
Lavs, CM
012.2218698
#CMsipenjualshaklee
#CMsipenulisblog

*KLIK ICON DI SEBELAH KIRI UNTUK TERUS BERHUBUNG DENGAN CM

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)