Bila sebut Vitamin C, ramai yang fikirkan wajah nan cantik, gebu, mulus dan anjal kan. Sebab tu ramai yang nak cantik, rela ambil suntikan Vitamin C untuk dapatkan hasil dengan cepat. Sedangkan kos suntikan sangat mahal harganya. Tak kurang juga yang ambil Vitamin C dengan jumlah ‘mega dos’ 2000mg sehari.
*****
VITAMIN C
Vitamin C juga dikenali sebagai Ascorbic Acid yang larut air dan boleh didapati daripada makanan harian kita seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Suplimen Vitamin C juga dapat membantu mencukupkan keperluan Vitamin C untuk tubuh badan seseorang.
Sesetengah haiwan dapat menghasilkan Vitamin C sendiri. Namun tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkannya. Sedangkan, tubuh manusia memerlukan Vitamin C setiap hari.
Ibu hamil dan menyusu juga memerlukan 100mg - 200mg sehari. Manakala perokok memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.
Namun, elakkan mengambil Vitamin C dalam jumlah yang berlebihan. Kerana ia akan menganggu perut kerana Vitamin C boleh meningkatkan keasidan dan akan memberi kesan seperti loya, cirit-birit dan kekejangan perut.
Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C
*****
10 KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK TUBUH
1. Imunisasi Kepada Tubuh
- Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi.
- Pemulihan luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus serta jangkitan: Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain). Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur.
- Membina kolagen: Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.
2. Demam Biasa
- Anti-histamine yang berkesan: Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun, vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya dapat bantu pulihkan demam dengan lebih cepat.
- Mengawal alergi yang menyebabkan demam.
3. Anti-oksida
- Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat
- Melindungi badan dari radikal bebas
Golongan yang mempunyai asma yang kronik sangat memerlukan vitamin C. Fungsinya sebagai antioksidan dan antihistamine dapat membantu dalam fungsi peparu dan salur pernafasan. Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 mg hingga 2000 mg setiap hari dapat mengurangkan penghasilan histamine yang boleh menyebabkan keradangan bagi penghidap asma.
4. Tekanan Darah Tinggi
- Merendahkan tekanan darah tinggi
5. Saluran Darah
- Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.
Terdapat kajian yang menunjukkan walaupun vitamin C dalam dos yang kecil tapi ia dapat membantu salur darah mengembang dengan baik terutamanya bagi yang selalu sakit dada, ada masalah jantung dan juga tekanan darah tinggi.
6. Keracunan Plumbum
- Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak.
7. Untuk Kurus
- Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal
- Mengurangkan berat badan
- Merendahkan paras insulin
8. Tekanan
- Vitamin C membantu mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
“The more you stress, the more you need vitamin C”. Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. Dr. Bruce Miller
9. Barah/Kanser
- Ciri-ciri antioksida yang ada pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi
- Mengelak dari barah
- Berfungsi sebagai imunisasi
Terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dapat membantu ubat untuk mematikan sel kanser dengan lebih berkesan bagi pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Fungsinya sebagai antioksidan melindungi sel dan DNA daripada rosak dan mengalami mutasi
10. Meningkatkan Tenaga
- Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan
- Penghasilan dopamine dalam sistem saraf dan membantu fungsi adrenal
- Meningkatkan tenaga dalam badan.
*****
RNI Vitamin C di Malaysia
*****
Rujukan Info Maklumat:
www.myhealth.gov.my
drweil.com
*****
Jika anda bukan penggemar sayur-sayuran atau buah-buahan, anda boleh mengambil suplimen Vitamin C bagi melengkapkan keperluan tubuh anda. CM ingin cadangkan SR Vita C Plus Shaklee suplimen Semulajadi, Selamat dan berkesan. Mengandungi 500mg dan mudah untuk ditelan.
Kenapa Vitamin C Shaklee?
Baca Disini:
Kenapa Vitamin C Shaklee Jadi Pilhan Ramai?*****
Nota Kaki: Semoga info dari CM memberi manfaat untuk korang. Xoxo,
CikMas
Pengedar Shaklee Pantai Dalam
“Berminat nak order ATAU ada sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee, boleh wasap CM dengan klik icon disebelah. InsyaAllah, fast reply tau!:)” CM
0 comments:
Post a Comment
TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)