Sunday, April 15, 2018

Resepi Nasi Lemak Pandan Yang Sedap. Tips Nasi Rasa Lembut Dan Lemak | CMsmallkitchen

CM selalu cari Resepi Nasi Lemak yang betul-betul lemak, lembut dan sedap. Siapa geng? Try and error tu good effort kan...  make sure tak putus asa je la... hihihi. Practices make perfect ‘omputih’ kata. Resepi yang CM guna kali ni rasa dia memang lemak dan sedap. So nak share dengan uols. 

cikmasland.blogspot.my
Macam-macam style masak CM dah cuba. Tenggek dalam periuk atas dapur je, kukus dan guna rice cooker. Proses masak pun macam/macam. Ada yang CM masukkan santan sekali, ada yang panaskan sedikit minyak dan tumis bawang je bagi layu dan masukkan beras (ala-ala masak nasi ayam pula... hihi), tapi tak dapat hasil yang memuaskan. Biasanya, CM guna cara masukkan santan dan semua bahan sekali. 

Sometimes, kalau tak kacau dan biarkan dengan api yang besar, santan akan pecah lemak dan naik ketul-ketul tu. Agak mencabar juga la. Dengar macam senang, nasi lemak je kot! Tapi kalau tak lemak, mana nak sedap kan. 

Biasa kalau kita membeli pun, mesti cuba banyak tempat dan banding-bandingkan mana yang sedap. Kalau tak sedap tu, mesti kita tak beli dah kan. Kalau yang sedap tu, ringan je mulut ni nak tanya resepi. Tapi, malu la pulak. So, try and error at home je la.

Okey, jom layan resepi. 

*****

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI LEMAK
*****
2 Cawan Beras (Jenis beras ikut kesukaan anda. CM suka beras biasa. Yang suka basmathi boleh guna basmathi ye)
Pati Santan Pekat (Sebiji Kelapa)
Pati Pandan (Blend 2 helai Daun Pandan) / 2 helai disimpul (bg yang tak gemarkan sangat rasa pandan, blh disimpulkan sahaja)
2 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil Halba* optional
Garam (secukup rasa untuk jadikan nasi rasa lemak bila rasa masin-masin sikit)

(Ada yang suka letak halia / serai untuk bau. Tapi resepi ni CM lebih suka plain. Sebab nak rasa lebih lemak. Taknak rasa serai/halia ganggu rasa lemak santan)

CARA MASAK NASI LEMAK
*****
CM gunakan rice cooker. 

*Basuh Beras dan rendam selama 10 minit
*Masak seperti biasa. Masukkan pati pandan dan air / daun pandan yang disimpul.
(Tips: Pastikan paras air dan beras sama rata. Jangan terlebih air. Sebab nanti nak masukkan pati santan pula)

*Setelah nasi hampir kering, masukkan pati santan pekat ke dalam nasi tadi dan juga garam secukup rasa. 
*Gaul sebati supaya pati santan dan garam serap sekata. 
*(jangan terlebih gaul, nanti beras hancur)
*Biarkan masak.
*Bila nasi sudah masak, dan dalam mode keep warm, masukkan minyak dan halba. Gaul bagi rata. Dan biarkan keep warm dalam 10minit sebelum tutup suis. 

TIPS: Jika nasi lemak anda kurang masak, atau dalam erti kata sedikit mentah, CM nak share tips dengan korang. Apa yang korang boleh lakukan ialah:
  1. Masukkan air kedalam mangkuk kecil. Buatkan lubang ditengah-tengah nasi untuk memuatkan  mangkuk berisi air tadi. Tutup rice cooker dan biarkan masak lagi dalam 10-15minit
  2. Renjiskan sedikit air/santan cair keatas nasi, agak-agak bersesuaian untuk nasi masak dan tutupkan dengan kain bersih dipermukaan periuk, dan masak lagi dalam 10minit.
  3. Kukus nasi lemak tadi di dalam periuk pengukus.
Ini antara 3 Tips yang biasa CM guna. Boleh diguna pakai untuk segala jenis masakan nasi. Tapi, nasi yang tak guna santan, jangan renjiskan santan pula! Hahaha... okey, Semoga Bermanfaat!
cikmasland.blogspot.my
*****

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL IKAN BILIS
*****
Ikan bilis (ambil sedikit untuk diblend*, dan selebihnya masukkan kedalam sambal nanti)
*cili kering 20-25 tangkai
*5 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*Seinci halia
*Sedikit belacan *optional
Sebiji Bawang holand (potong bulat) *optional
Gula merah/gula biasa
Garam
Asam keping/air asam jawa
Serbuk perasa *optional


CARA BUAT SAMBAL IKAN BILIS
*****

*Blend semua bahan yang bertanda *
*Panaskan sesenduk minyak
(Tips: Pastikan minyak mencukupi/lebih sedikit supaya cili tumis akan masak dengan cantik. Boleh dibuang lebihan minyak selepas siap masak)

*Bila minyak sudah panas, masukkan bawang holand yang dipotong bulat tadi. 
*Setelah sedikit layu, masukkan bahan-bahan blend tadi dan lebihan ikan bilis. 
*Tumis sehingga masak/pecah minyak. Masukkan asam keping/air asam jawa
(Tips: Untuk warna sambal yang cantik, gunakan asam keping)
*Masukkan garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka rasa yang anda mahukan)
Tips: Untuk dapatkan sambal yang tahan lama, anda boleh masukkan 3 kali air (setengah cawan setiap kali), apabila sambal sudah nampak masak/garing cantik. Bukan sekaligus ye! Maksudnya sambal tiga kali masak disulami masukkan air tu.
*****

Bahan-Bahan Lain:

Telur Rebus / Telur Mata 
(Tips: Untuk dapatkan telur rebus yang senang dikupas dan cantik, setelah telur masak siramkan dibawah air paip. Ada sesetengah letakkan garam / cuka semasa merebus)

Ikan Bilis Goreng
Kacang Tanah
Ayam Goreng Ala KFC / Ayam Goreng Berempah
Lauk-lauk kegemaran 

 *****

Nota Kaki: CM lebih suka yang simple je. Tapi kadang tu ikut mood perut juga :). Kalau nak berlauk, ada la side dish. Hihi. Semoga bermanfaat buat semua dan Selamat Mencuba!

*****

cikmasland.blogspot.my

Nah CM belanja juga Resepi Smoothie ESP & Dragon Fruit. Biasanya, awal pagi sebelum prepare breakfast, CM shake-shake ESP dengan Fresh Milk dulu. Tapi hari ni, terajin sikit. 
Menu simple as usual.

✔️ESP

✔️Fresh Milk

✔️Dragon Fruit

✔️Ice cube

Then Blend All together. Siap! Dah dapat protein terbaik diawal pagi. Slurppp... 

*****
xoxo
Pengedar Shaklee Pantai Dalam
ID: 1066326
FB: Masdiana Hj Che Din
IG: @cikmasland
“Nak dapatkan Vitamin Shaklee? Boleh klik icon socmed CM di tepi ni. Wasap ye! Fast reply, InsyaAllah”
#cmsipenulisblog
#cmsipenjualshaklee

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)