Friday, February 21, 2014

Dear Diary: Thursday Blues As WAHM



Seronok, seronok, seronok sangatttt... Hampir 6thn bergelar isteri kepada Mr S Najib Kamaruddin.. Selama tu juga saya bergelar fulltime housewife. Lepas dapat sikembar, dalam otak dah boleh agak, sure aku akan jadi pengganggur berhemah sepenuh masa lepas ni. Tambahan pulak cik ahkak duduk di Sarawak. Nak mohon kerja, local person diutamakan. So, nekad la jual barang through online. Masa ni En Asben sy yang baik ni cabar. Kalau sy dapat jual 1 barang pun, memang dia tabik la. Itu la permulaan & semangat titik tolak sy sebagai seller online. 

Alhamdulillah, setiap hari adalah permulaan baru untuk saya. Nak kata kena tipu, ditipu & tertipu, itu saya telan & simpan. Saya bukan idola atau siapa2. Saya hanya seorang wanita, isteri & ibu. FEAR factor mmg besar dlm diri. Tapi kalau tak cuba, sampai bila-bila la kita masih ditempat yg sama. 

Alhamdulillah, rezeki Allah tak pernah berkurang bagi hambaNya yang berusaha. Rezeki saya bukan sebagai wanita bekerjaya, tapi rezeki saya dari rumah. Allah dah atur hidup saya sebaik-baiknya. Sekarang saya maju setapak lagi. Ingin berkongsi kebaikan pengambilan suplemen SHAKLEE dengan sahabat-sahabat saya. 

Nota Kaki: Untuk ibu2 dirumah,jangan takut ambil peluang. Kita tak tahu REZEKI kita. Tetapi, setiap usaha yang baik, insyaAllah, baik juga akhirnya. Untuk yang bercita-cita nak jadi WAHM pun, perlu ada plan dari sekarang. Peluang sentiasa ada, cuma mahu atau tidak je.

CML
#imworkathomewoman
#peacenowar

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)