Wednesday, October 3, 2018

Terlalu sibuk untuk menulis? Kemana menghilang CM Si Penulis Blog?

China Street, Kuala Terengganu
Ruang Santai | Assalamualaikum pembuka bicara. Selamat bersua kembali pada semua pembaca dan follower blog CM ni. Lama CM menghilang, kini kembali semula. Lol~~~

Actually, CM baru menetap di tempat baru. Story sebagai isteri Polis, memang sinonim dengan 'pindah'. Selagi tak pencen, selagi tu la tinggi kebarangkalian untuk berpindah-randah. Huhuhu. But i'm okey with it! Enjoy je. Our twin pun is Redha je la. Baru standard 4, dah 3 kali tukar sekolah. Mami daddy proud with uols, my twin little pie. Dari cakap sarawak, pindah KL. Now speaking 'kelate'. Diorang cakap pon dah ada slang 'Kelate' dah. Hihihi. Now, secara rasminya kami menjadi perantau di Terengganu pulak. "Na na na na na naa, Ganu Kite". Siapa anak Besut Ganu, put ur hands up!!

Alkisahnya, plan hujung tahun ni CM nak bercuti ke Terengganu. Who knows, Allah is the best Planner ever! Dapat peluang menetap disini pulak. We follow the flows. Seronok sebenarnya duduk di tempat orang ni. 

www.cikmasland.blogspot.my
Pantai Keluang, Besut Terengganu
CM nak share and story-mory dengan uols. Besut ni sempadan Kelantan dah sebenarnya. Thats why, orang sini masih 'kecek' klate. So, takde la tambahan 'ng' dihujungnya ye.;) 

Yang paling CM suka, since my husband and I is a food lover, sarapan di Besut ni memang terbaik. Serius tak tipu. tau! Kalau datang Kuala Besut untuk Ke Pulau Perhentian, Uols kena cuba makan nasi ikan bakar, lempeng kelapa & nasi air. Yang paling best lagi, awal pagi dah ada nasi minyak uols. Nasi dagang dan nasi kerabu of course la ada. Yang on diet, for sure akan 'hancus'. Sigh~~~ Ala, nama pun jalan-jalan bercuti. Mesti la jalan-jalan, 'chillex' dan makan-makan. Rugi wooo kalau holidays tapi DIET. CM is tak kuat.. hahaha

www.cikmasland.blogspot.my
Nasi Minyak
Lunch pulak, korang boleh pergi ke kedai nasi ulam (selera kampung). Ni one of my favourite spot. Sebab CM suka makan ulam-ulaman ;) Eh, semangat tau kalau cerita bab makan. Belum CM review kedai ICT. Korang tau tak ICT tu apa? Orang Ganu mesti tau. ICT stand for Ikan Celup Tepung. KLCC is Kopok lekor cicah cili. lol~~~ Yang goreng-goreng tepung ni, viral spot is Pantai Penarik. View memang 'ohsem'! Sesuai sangat la bagi yang suka selfie. Background syantik! 

Okeylah, ada masa nanti CM review lagi tempat-tempat makan kat Besut, Terengganu ni. CM belum berkesempatan turun Pulau Perhentian lagi. Setiap tahun, dalam pertengahan Oktober sampai Mac tahun berikutnya, Pulau Perhentian ditutup sementara, disebabkan musim tengkujuh. Air laut tak berapa cantik dan ombak bergelora. For safety actually. Gitu la menurut kata orang tempatan. (Jika salah sila perbetulkan ye).

www.cikmasland.blogspot.my
Pantai Penarik, Setiu Kuala Terengganu
So sekian dulu untuk entri kali ni. Stay tune for new review tentang Terengganu. Muah muchooooo ❤️

www.cikmasland.blogspot.my
#cmsipenulisblog

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)