Monday, July 23, 2018

Ketahui Apa itu HFMD, Gejala Awal Dan Cara Pencegahan Untuk Mengelakkan Jangkitan

cikmasland.blogspot.my

Terkini, Gejala dan penyebaran Penyakit HFMD atau Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut menjadi isu panas dimana Selangor mencatatkan jumlah tertinggi melebihi 9000   pesakit yang dijangkiti. Banyak Nurseri/pusat Asuhan telah ditutup buat sementara waktu ekoran dari penularan jangkitan Penyakit Tangan,  Kaki Dan Mulut (HFMD) dikalangan kanak-kanak di Negeri itu.

cikmasland.blogspot.my
APA ITU HFMD?

Hand Foot & Mouth Desease atau Penyakit HFMD ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). 

BAGAIMANA CARA IA MEREBAK/BERJANGKIT?

Penularan jangkitan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD

GEJALA/SIMPTOM PENYAKIT HFMD

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

cikmasland.blogspot.my


LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG ANDA PERLU LAKUKAN JIKA ANAK ANDA DIJANGKITI HFMD

  • Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/ pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  • Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  • Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh/merawat lepuh
  • Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas
  • Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
  • Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.


cikmasland.blogspot.my
Sumber Maklumat: myhealth.gov.myAstro Awani & KKM

Nota Kaki: CM doakan semoga anak-anak kita semua terhindar dari Penyakit HFMD. So ibu-ibu kena extra care tentang hygiene semasa diluar dan dirumah tau!

CADANGAN:

PRODUK SHAKLEE YANG SESUAI UNTUK MASALAH HFMD
  1. BASIC H: Pencuci Organik Dan Selamat Digunakan. CHEMICAL FREE
  2. OMEGA GUARD: Mengurangkan Keradangan akibat dari ruam dan Ulcer 
  3. HERBAL BLEND CREAM: Sebagai sapuan luar. Kulit yang melepuh akan cepat kering

*****
CIKMAS
FB: Masdiana Hj Che Din
IG: @cikmasland
FB Page: Vitamin Evergreen By CikMasland

cikmasland.blogspot.my
#PengedarShakleeTerengganu
#CMsipenulisblog
#CMsipenjualshaklee

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)