Monday, January 29, 2018

Hobi Ku Memancing. Siapa suka memancing? Kita Geng! | Ruang Santai

tips memancing udang galah kolam

Siapa minat memancing? Kita geng! Hahaha. Dulu time bujang tak minat pun. Bujang-bujang opkos la minat menapak ke mall 😆 Tapi hobi memancing ni bermula lepas dah kahwin with my lovely asben Mr SNK. Itu pun sejak kembar dah besar and boleh layan minat mami dedi. Hihi...

kaki pancing
Minat bermula time kami di Miri. 3-4 tahun juga kat sana. Maklumlah, dekat dengn laut. Baik pula dengan orang tempatan yang suka memancing. Maka, terjebaklah kami berdua. Mula-mula every weekend je, tapi lepas tu asal asben ada masa lapang je kami memancing. Sometimes, lepas hantar anak sekolah pun kami berdua boleh pergi memancing then time nak pickup kembar kami rushing balik. Itu kisah memancing ikan laut tepi Muara Kampung Melayu, Miri. Kalau korang jalan Miri, mesti pergi makan Lalapan tepi Muara tu tau! So, view sebelah Hotel Pullman tu la Muara Kg Melayu tempat kami memancing. (Sempat ku promot lagi ni)

Dekat Miri juga kami terjebak dengan hobi memancing udang galah. Nak mengail udang sungai, takut Sang Buaya. Sarawak kan terkenal dengan buaya. Sebulan sekali mesti ada dengar berita, diserang buaya. So, kami memancing udang kolam je la. Kami ni belum tegar sepenuhnya. Pemancing amatur lagi. Walau pun hobi memancing udang kolam ni ‘Hobi Mahal’ sebab berbayar, ‘sik hal’ kata orang Sarawak. Hahaha. Once korang dah start memancing, dan dah rasakan tarikan sang ‘Jenggo’ (nama gelaran bagi udang galah yang besar bersepit biru), CM confirm mesti korang akan repeat lagi pergi memancing udang galah. Begitulah ceritanya diriku terjebak dengan minat memancing. 

Sampai dah pindah duduk di tengah ‘hutan batu’ ni pun, kami tetap pergi memancing. Sekarang berjangkit pada anak lelaki CM, Dak Iman. Tarik Jenggo muka slumber je 😅 mami yang nervous. Tapi kalo tak dapat pun dia tarik jugak. Tarik apa? Tarik muka! Hahaha.

mancing udang galah

Bila dah nama hobi memancing, kulit sunburn dan diserang nyamuk dan serangga tu kena la hadap! Kurelakan ajer. Time kat Miri, memang teruk sunburn. Sampai rosak kulit mukaku! 😔 Bila pikir bab ni, memang murung la sekejap. Time ni la dapat jeragat degil and starting kulit jadi kusam. Panas laut la katakan. Tapi tetap juga tak insaf. 🤣 Sampai la sekarang. Kalau dah namanya hobi dan itu la quality time family kami, it doesn’t matter. 

••••••

Tips Ringkas:
Memancing Udang Galah Kolam:
  1. Sila sediakan joran sendiri. Kalau takde pun  biasanya pihak kolam akan sediakan. Kat KL ni FREE je. (Tapi biasalah kalau free. Kadang ok, kadang tali/perambut dah jd spring) 😆 
  2. Bawa umpan sendiri. Biasanya pihak kolam ada jual umpun-umpun. Mahal la sikit 😉
  3. Sila ukur kedalaman air kolam untuk setting joran anda. (Biasanya kalau first time comer, diorang main baling je. Tak ukur. At last, dapat la seekor dua. Itu pun nasib. Sebab air kolam biasanya tuan kolam dah setting. Ada time naik, ada time turun. Agak-agak setengah jam masih tak dapat udang, sila ukur lagi untuk setting semula) 
  4. Bawa serbuk pemikat udang. (Ada pihak kolam tak benarkan. Sila tanya dulu)
  5. Sampai kolam, ambil sedikit masa. Tengok tempat mana pemancing kerap dapat udang. Sila la menyelit disitu. Hahaha. (Biasanya udang suka di tempat buih-buih air)
  6. Petua: Sila pastikan umpan yang diletakkan di mata kail menutupi tajam mata kail. Kata pakcik yang bagi petua ni, supaya udang tak lepaskan mata kail. Andai kata mata kail terkeluar, bila terkena udang ia akan lari. Wallahu’alam). Kita ikut je la kata otai2 kolam. ☺️
•••••
cikmasland
Antara benda wajib yang CM akan bawa time memancing:

Insect Repellent 
Ni memang wajib! Perkata biasa kena gigit nyamuk atau serangga time memancing ni.
Basic H Shaklee pun boleh dijadikan Insect Repellent tau! Bancuh dengan sedikit air dan letakkan dalam botol spray. Sembur kat kaki dan tangan. Nyamuk & serangga pun tak mau dekat. Yang penting Basic H ni Natural dan selamat!
Basic H Shaklee

Krim Ajaib Pelbagai Guna Herbal Blend!
Yang ni memang sentiasa ada dalam beg. Kaki lenguh-lenguh, gatal-gatal kena gigitan nyamuk @ serangga memang CM akan terus sapu. Tambah bawa anak-anak. Memang Krim ni wajib ada la. Yang bestnya, kalau kena gigitan nyamuk, sapu je rasa selesa & hilang gatal-gatal. Dan, takde la jadi kudis sebab tak digaru 😁
herbal blend shaklee

Sunblock
Even kulit akan sunburn juga, tapi takla jadi teruk sangat kan! 😄 Yang pasti, akan ku pulun ambil Vitamin C & juga ESP. Hahaha. 😅

•••••

Dapatkan Basic H & Herbal Blend sekarang! wasap CM untuk BEST PRICE! 


Hubungi CM 
***********************
CikMas Land 
Shaklee Distributor | SID 1066326 
012-2218698 | Klik DISINI

FB: Masdiana Hj Che Din
IG: @shaklee.by.cikmasland
Email: cikmasland@gmail.com

Free Consultation | RICH FIGHTER FAMILY
"I am NOT a product of my circumstances, I AM a product of my decisions"

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)