Thursday, January 25, 2018

Tujuan Diet Sebab Nak Kurus. Tapi Selalu Gagal? Ketahui Puncanya | Diet Sihat

punca diet tidak berjaya
“Saya start diet, sebab nak kurus. Tapi berat badan tak turun-turun!”
“Eh, kenapa berat maintain? Penimbang ni rosak ke!”

Eh! Salahkan penimbang pula ye! Jika perkara diatas berlaku kepada anda, mesti ada sebabnya anda GAGAL menurunkan berat badan. 

Proses menurunkan berat badan bukan semudah menyebut ABC’s. Kena dengan cara yang betul dan kekuatan fizikal dan mental. Jangan terlalu push diri sampai kita rasa stress. Jom ketahui punca Diet anda GAGAL.

•••••

10 PUNCA 
DIET ANDA GAGAL!


1) DIET SECARA BERSENDIRIAN

Anda suka melakukan diet secara berseorangan? Ini salah satu punca diet anda gagal. Diet bersendirian memerlukan kekuatan mental melawan tekanan dari keadaan sekeliling anda. Menurut pakar, Diet lebih berjaya jika dilakukan berkumpulan, 2 orang atau lebih. Ini bertujuan untuk mendapat support from each others.

2) TEKANAN DARI RAKAN-RAKAN

Tekanan dan usikan dari kawan-kawan selalu melemahkan semangat anda untuk berdiet. Sebaiknya, anda perlu lebih bersedia dan bersikap positif dengan usikan atau ejekan dari rakan-rakan anda.

3) PESTA MAKAN-MAKAN

Ini biasa terjadi jika anda bekerja di dalam kumpulan rakan sekerja yang suka mengadakan potluck dan mencadangkan tempat makan yang sedap-sedap. Tambahan pula anda yang jenis suka makan! Mesti diet anda akan musnah.

4) CARA DIET ‘MEAL PLAN’ YANG SALAH

Ada jenis diet yang tak makan nasi langsung! Anda perlu tahu, Diet BUKAN beerti TIDAK makan langsung! Tapi anda perlu mengubah cara atau gaya pemakanan anda kepada diet yang betul dan sihat. Contohnya, suku suku separuh. 

punca Diet gagal
 
5) MENU DIET TIDAK SEDAP

Biasanya menu dalam diet adalah menu sihat. Antaranya raw salad, brown rice, sup sayur hijau, and so on. Tiada garam dan gula. Kata nak kurus dan sihat! Apa salahnya kita tukar dari hari-hari makan kari kepada menu sihat pulak kan. 

6) KEKURANGAN NUTRIEN

Antara punca diet gagal juga adalah kekurangan nutrien. Diet yang tidak mengambil nutrien yang cukup dan diperlukan oleh badan menyebabkan badan akan lemah. Kononnya nak cepat kurus! Salah dik, kekurangan nutrien juga punca diet anda gagal tak sampai separuh jalan. Sebab tu sampai ada kes admit ward gara-gara diet terlampau. So, dapatkan nutrien yang betul ye sepanjang diet anda.

7)  TIDAK MELAKUKAN SENAMAN

Ni juga antara sebab diet gagal. Tidak atau malas melakukan senaman. Kononnya cukup dengan diet. Tukar pemikiran anda tu. Kajian menunjukkan, diet yang betul disertai dengan senaman ringan mampu menurunkan berat badan dengan berkesan. Tak lama pun! Ambillah 20-30 minit saja sehari. Bersenamlah even berjalan-jalan di taman. 

8) SKALA BERAT TURUN PERLAHAN

Bila sudah sebulan diet tapi skala berat masih statik, ini akan membuatkan anda berputus asa. Pasti anda akan quit. Sebab tu bagus  lakukan diet bersama rakan atau ikuti program diet. Biasanya jika anda mengikut program diet, coach anda akan bagi ‘tempoh berpantang’ untuk menimbang berat badan anda. Tujuannya supaya anda tidak berputus asa jika skala berat anda turun perlahan. Sebab metabolisme individu berlainan. Ada yang cepat turun dan ada yang lambat. So, kena sabar.

9) INGINKAN FAST RESULT

Sikap inginkan fast result juga biasa buat anda yang sedang diet hadapi kegagalan. Bila result tidak seperti yang diharapkan, anda akan berhenti untuk diet kerana fikir ianya hanya buang masa.

10) TIDAK MELAKUKAN DETOKS

Salah satu punca kepada skala berat badan turun perlahan dan menyumbang kepada result diet yang gagal adalah anda lupa untuk detoks sebelum memulakan program diet! 
Toksin yang berlebihan yang sudah sebati dalam badan adalah PUNCA kenapa anda tidak berjaya kuruskan badan! Sila detoks. Bila badan dah clean, InsyaAllah result diet pasti akan berhasil. 
•••••
BACA JUGA ENTRI BERKAITAN DISINI


•••••

Dapatkan SET DETOKS SHAKLEE untuk Anda yang Ingin Memulakan Diet! Nak BEST PRICE, wasap CM SEKARANG! 
set detox shaklee


Mengapa Perlu Detox?

Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox:

  • Menurunkan Berat Badan
  • Kolon Lebih Sihat
  • Meningkatkan Tenaga
  • Mengawal Nafsu Makan
  • Kulit Lebih Cantik
  • Menguatkan Sistem Imun
  • Tidur Lebih Lena
••••••
Hubungi CM 
***********************
CikMas Land 
Shaklee Distributor | SID 1066326 
012-2218698 

FB: Masdiana Hj Che Din
IG: @shaklee.by.cikmasland
Email: cikmasland@gmail.com

Free Consultation | RICH FIGHTER FAMILY
"I am NOT a product of my circumstances, I AM a product of my decisions"

daftar ahli shakleeDAFTAR AHLI UNTUK DAPATKAN 
POTONGAN HARGA 20- 30%


0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)