Friday, December 29, 2017

Vitamin Shaklee: ‘Do and Don’t’ Yang Anda Perlu Tahu

Hai semua. Mesti ramai yang mencari info tentang Vitamin Shaklee dengan lebih mendalamkan? Apa yang perlu, apa yang perlu di elakkan dan waktu yang sesuai untuk mengambil vitamin. 

Dalam entri ni, CM nak share info yang uols nak tahu tu. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua ye.

cikmasland, do & don’t

PENGAMBILAN YANG  TAK SESUAI ☝🏻

❤️ Alfalfa Complex TIDAK BOLEH diambil bersama dengan VITAMIN E atau GLA COMPLEX kerana kandungan vitamin E akan mengganggu penyerapan Alfafa

❤️ Vitalea mengandungi zat besi dan seeloknya TIDAK DIAMBIL dengan minuman bersusu atau OsteMatrix (mempunyai kandungan kalsium) kerana kedua-dua nutrisi ini cenderung untuk "bind" dan ini boleh menyebabkan penyerapan kedua-dua nutrisi ini terganggu

❤️ ELAKKAN pengambilan minuman BERKAFEIN semasa ingin mengambil supplement kerana KAFEIN mengurangkan efisiensi penyerapan suplemen


WAKTU/MASA TERBAIK UNTUK AMBIL VITAMIN TERSEBUT:
masa ambil vitamin shaklee, cikmasland
❤️ Pengambilan protein seperti ESP atau CINCH SHAKE digalakkan pada WAKTU PAGI semasa perut kosong kerana kadar metabolisme kita tinggi pada waktu pagi

❤️ Kalsium ataupun OsteMatrix digalakkan untuk diambil sebelum tidur untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam badan semasa tidur

❤️ Vitalea DIGALAKKAN diambil bersama dengan VITAMIN C kerana zat besi di dalam vitalea memerlukan vitamin c supaya nutrisinya lebih mudah diserap

❤️ Vitamin larut lemak iaitu A,D,E,K adalah DIGALAKKAN untuk diambil selepas pengambilan makanan berlemak / berminyak kerana ia memerlukan lemak untuk kadar penyerapan yang lebih tinggi

❤️ Sekiranya demam atau selsema, VITAMIN C adalah digalakkan untuk DIPATAHKAN DUA semasa pengambilan untuk menggalakkan penyerapan yang lebih baik ke sistem badan

Anda dinasihatkan TIDAK mengambil Vita-Lea jika anda mengalami salah satu masalah di bawah:

1. Pesakit SLE : Vita-Lea mengandungi Alfalfa. Pesakit SLE tak boleh makan sebarang supplemen yang ada Alfalfa. Kenapa ? Sebab Alfalfa mengandungi amino acid L-canavanine yang boleh mencetuskan serta meningkatkan keradangan pesakit SLE.
2. Mereka yang ada masalah alah dengan herba ( Vita-Lea mengandungi Alfalfa )
3. Pesakit Thalassemia (especially Thalassemia Major) kerana Vita-Lea mengandungi Zat Besi. Pesakit Thalassemia dah mengalami masalah beban zat besi berlebihan dalam badan.
4. Mereka yang ada masalah Hyperthyroid. Pesakit ini mengalami masalah kadar Iodin yang tinggi dalam darah. Vita-Lea mengandungi Iodin. Ini akan meningkatkan lagi paras Iodin dalam tubuh mereka dan menyebabkan keradangan.

ibu hamil, set shaklee, cikmasland

*SUPPLEMEN YANG TIDAK DISARANKAN UNTUK WANITA HAMIL*

Ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya:-

  * Vitamin E
  * Alfalfa
  * GLA
  * Vivix
  * Cinch
  * CarotoMax

KECUALI atas saranan doktor sendiri. Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. 

Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. 

Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi.
Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Set Harian Shaklee
Silakan SHARE jika memberi manfaat kepada anda dan kawan-kawan lain.

SID Pantai Dalam
CIKMAS
FB: Masdiana Hj Che Din
IG: @shaklee.by.cikmasland




0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)