Monday, November 24, 2014

Info: ISTIGHFAR, HUJAN DAN REZEKI. Apa kaitannya?


Hujan lebat betul kat luar... Tiba-tiba mood ber'blog' datang mengadap... Laju la CML menaip... Hihi.. Kalau di'tepis' mood rajin ni, nanti bersawang plak blog cik ahkak ni... So, jom layan intipati cerita hari ni... Dek kerana hujan sering dikaitkan dengan satu Rahmat & salah satu cara mudah menjemput Rezeki Allah SWT adalah dengan BERISTIGHFAR, jom kita story mory tentang kaitannya antara Istighfar, Hujan & Rezeki.... 

Biasa kita dengar, orang-orang tua selalu kata, hujan yang turun adalah Rahmat & membawa bersamanya Rezeki yang banyak. Oleh itu, bila diberi hujan, bersegeralah kita bersyukur ye... Jangan pula kita bersungut.. Sesungguhnya dengan hujan dapat membersihkan debu, menyegarkan udara, melancarkan aliran sungai, menyuburkan tumbuh-tumbuhan & tanaman, dan menghijaukan bukit & gunung ganang... 

Manakala dengan beristighfar & bertaubat, merupakan cara yang terbaik untuk kita menjemput rezeki Allah sebagai seorang hambaNya... 

Sebagaimana Firman Allah didalam Surah Nuh...
‘Mohon ampunlah kepada Tuhanmu’,sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)

Inilah kaitannya... Allah turunkan hujan (rezeki) bagi orang-orang yang sentiasa beristighfar & bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati... 

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Sahih, Riwayat Ahmad)

Nota Kaki: Marilah kita beristighfar dengan seikhlas hati menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan... Semoga di Murahkan REZEKI kita semua & kita tergolong dalam golongan mukmin & mukminin yang sentiasa mensyukuri Nikmat & Rahmat Allah... Alhamdulillah... 

Lavs,
CML




0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)