Sunday, January 19, 2014

"Selfie"? Apa tu?

Salam malam minggu uols..
Malam ni CML macam terpanggil nak update entri tentang fenomena perkataan "selfie" yang kian glamer di facebook, flickr, blog & macam2 lagi la. Uols tau ke "selfie" tu membawa maksud apa? Ni CML nak share la.. Hihi

*********
"Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuat naik ke dalam laman web"    

Pada 2013, perkataan ini mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial.

Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall berkata, program penyelidikan bahasa mereka mengumpul 150 juta perkataan yang digunakan setiap bulan.

“Kita boleh lihat penggunaan perkataan 'selfie' meningkat pada tahun ini dan membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013,” katanya.

Penggunaan terawal perkataan itu dikesan pada pos forum Australia pada September 2002.

Pearsall berkata: “Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan itu dengan ‘hashtag selfie’ (#selfie)  muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas pada 2012 apabila media semakin meluas menggunakannya.

***********


Nota Kaki: Sana sini meng'update' selfie or hashtag selfie #selfie.. Perkataan Selfie ni sesuai jika uols enterprem gambar uols sendiri & memuat turun ke fb, blog, website etc. Gambar diatas hanya sekadar hiasan sahaja (my doter). Next time la selfie CML muncul yer... hihihi

Gud nite my followers....

Lots of love,
CikMas Land

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)