Tuesday, November 5, 2013

Kenapa Memilih Botol Avent?

 
 
Salam & selamat pagi...
Weekend datang lagi. Entri CM kali ni kenapa memilih Botol Avent. Kenapa Botol Avent sangat popular dikalangan mommies in UK & semakin menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia. Apa istimewanya botol Avent ni? Nak tahu, jom kita tengok apa kelebihan botol AVENT ni.

Antara kelebihan botol Avent:

1) Bebas Bisphenol A (BPA Free)
Apa itu Bhisphenol A? Ianya adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan untuk bahan plastik. Sejak Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan Botol dr Jenis BPA kerana BERBAHAYA pada kesihatan,

ramai para ibu sudah mula celik mata dan mencari botol yang sesuai untuk bayi mereka. Malahan, botol AVENT mula menjadi pilihan kerana material botol yang digunakan BEBAS BPA. 

2) Anti-Colic
Entri sebelum ini, CM ada berkongsi apa itu colic? Sila klik disini untuk Info Apa itu Colic. Botol Avent adalah salah satu botol anti-colic. Puting botol Avent berfungsi menolak angin kedalam botol & ini mengurangkan bayi anda dari menelan angin yang banyak dan menyebabkan bayi anda terkena colic (kembung perut).

3) Clinical Proven: Less Fussing terutamanya pada waktu malam.
Ini kerana, keistimewaan puting Avent yang hanya akan mengeluarkan susu bila dihisap/disedut oleh bayi anda. Oleh itu, anak anda tidak akan meragam.

4) Senang di pegang, di cuci & dipasang. 
Bentuk botol Avent direka khas bagi memudahkan bayi anda memegang & senang juga untuk dicuci oleh ibu kerana bentuknya yang tidak berliku.

5) Jangka hayat botol Avent adalah selama 6 bulan. Manakala puting botol pula adalah selama 3 bulan. 

6) Lebih semulajadi 
Pengeluaran BOTOL TERBARU AVENT JENIS NATURAL yang lebih semulajadi & mesra pengguna. Puting botol ini lebih mirip seperti mom breast bila dipasang. Ini kerana petal puting yang lebih kembang dari biasa, dan mempunyai double skirt untuk aliran angin. 

7) Lebih Lasak & Tahan lama (sehingga 6 bulan)
Yang ni, memang CM akui. Botol Avent memang tahan lasak.  Tahukah ibu-ibu, penggunaan harian botol yang kita guna adalah sangat MAKSIMA. Dalam sehari, berapa kali anda guna? Berapa kali  anda cuci & anda sterillize? Malah, ianya tahan panas & sejuk. Printed isipadu susu juga tidak pudar walau sering dibasuh. 

8) Tidak 'leaking'
Screw ring botol Avent tidak akan leaking/menumpahkan susu sekiranya ditutup dengan sempurna. 

Okey, itu antara kebaikan botol AVENT  yang dapat CM kongsikan bersama. Ada mommies yang mula jatuh hati dengan Avent? So, contact la CM untuk buat tempahan  ^_^. Okey, itu shj utk kali ni. Tq

Tips: Jika anda menggunakan  Botol Avent Airflex (with adapter ring), sila PASTIKAN anda meletakkan RING dengan betul, dan memutar penutup botol sehingga ada bunyi 'KLIK'. Jika anda tidak menutup dengan betul, ianya akan menyebabkan botol susu bayi anda leaking. 
"Sharing is Caring"

**************************
Lots of love,
CikMas Land

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)