Friday, November 22, 2013

INFO: Apa itu COLIC dan apakah penyebabnya?

 
APA ITU COLIC?

Entri kali ni CM nak kongsi apa itu colic. Kebanyakkan ibu-ibu kurang pasti atau tidak tahu apa itu colic. 

Menurut sumber, colic adalah satu situasi dimana, bayi anda menangis yang keterlaluan seperti menahan kesakitan. Ianya biasa berlaku seawal seminggu @ 2 minggu kelahiran, dan boleh terjadi hingga 3x sehari. Lebih membimbangkan, ianya mungkin berlarutan selama 6 minggu. Pasti ibu-ibu akan mudah panik jika ini berlaku terutamanya jika itu adalah kelahiran bayi pertama anda. 

Bagaimana ingin tahu Bayi anda mengalami COLIC?
Bayi anda akan menangis berlarutan daripada biasa, tidak mudah dipujuk, muka kemerah-merahan, jari digenggam dan membengkokkan lututnya ke perut seperti sedang menahan kesakitan.

TAHUKAH ANDA antara penyebab UTAMA kepada masalah colic ini adalah pengaliran udara yang berlebihan yang di sedut oleh bayi anda ketika menyusu? Jika bayi anda menggunakan botol susu, AMAT lah dicadangkan kepada ibu-ibu untuk memilih botol susu dengan fungsi ANTI COLIC

APA FUNGSI BOTOL ANTI COLIC?
Seperti CM terangkan sebelum ini, colic terjadi disebabkan oleh aliran udara yang berlebihan disedut oleh Bayi ketika menyusu. Mungkin kita biasa dengar istilah 'kembung perut'. Botol-botol susu yang mempunyai fungsi anti-colic bertujuan untuk mengelakkan bayi dari menyedut udara terlalu banyak ke dalam perut sewaktu menyusu, sebaliknya menolak angin tersebut ke dalam botol susu tersebut.

Okey, itu serba sedikit maklumat yang dapat CM kongsikan bersama anda. Jika anda ada sebarang komen, cadangan atau lebih info, sila maklum di ruang komen untuk dikongsikan bersama ibu-ibu yang lain. 

Tips: Anda juga boleh mengelakkan bayi anda dari kembung perut dengan pelbagai cara. Antaranya menepuk/mengusap lembut belakangnya sehingga dia 'sendawa' selepas menyusu. Atau, meninggikan aras kepalanya ketika dia menyusu botol atau badan bagi mengelakkan angin terkumpul di perut bayi anda.

Sharing is caring, Selamat malam ^_^

******************
Lots of love,
CikMas Land


 

 


0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)