Monday, April 2, 2018

Resepi Asam Pedas Tulang Rusuk Lembu | CMsmallkitchen

cikmasland.blogspot.my
Assalamualaikum semua. 

Tengah santai-santai ni, CM nak share resepi la dengan korang. Resepi yang CM nak kongsi ialah Resepi Asam Pedas Tulang Rusuk Lembu. Sebab dalam peti ais ada stok tulang rusuk dan daging fresh CM beli dari Pasar Tani. Time beli tu, CM plan nak buat sup tulang. Tapi dah biasa sangat. So, nak buat kelainan sikit. Maka jadilah Asam Pedas Tulang Rusuk.

Resepi ni kredit kepada Along CM. CM dapat resepi ni time berkunjung ke rumah dia. Sedap pulak rasanya. Resepi Asam Pedas kali ni agak berlainan dari resepi yang biasa CM buat. Sebab ada gunakan rempah serbuk jintan manis, ketumbar dan sedikit serbuk kari. Ha, beza kan. Tapi rasanya memang sedap. Memang menambah-nambah la. Anak lelaki CM pun suka. Biasanya dia jenis yang memilih juga. Maklumlah, budak lagi. Baru 10 tahun. Tapi, hari tu memang win¡ Tiga kali dia tambah nasi. 

Hari tu, Along CM masak Asam Pedas Ikan. Tapi CM cuba guna Tulang Rusuk. Sebab dalam resepi guna bahan berempah. So, sesuai la untuk daging. Hasilnya, tetap sedap! Okey, jom layan Resepi.

*****

RESEPI ASAM PEDAS TULANG RUSUK LEMBU CM STYLE

cikmasland.blogspot.my

BAHAN-BAHAN:

Tulang Rusuk Lembu (CM masak setengah kilo tulang)
4-5 biji Bawang Merah Kecil*
Seinci Halia*
1 1/2 inci Lengkuas*
Seinci kunyit hidup*
10-12 tangkai Cili Kering* (Kalau suka pedas boleh tambah)
3 biji Cili Thailand * (jika suka pedas)
1 sudu teh serbuk Ketumbar 
1 sudu teh serbuk Jintan Manis
cikmasland.blogspot.my
Sedikit serbuk kari (optional)
2 batang Serai dititik
Daun Kesum (Jika Tiada boleh guna Daun limau purut)
2-3 keping Asam Keping 
Garam Dan Serbuk Perasa

Dont!: Jangan letak terlalu banyak serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Takut kuah rasa sedikit pahit. 

*****
CARA MEMASAK:

⭕️Rebus Tulang rusuk terlebih dahulu sehingga empuk/lembut. 
⭕️Kisar bahan-bahan yang bertanda *. 
⭕️Panaskan minyak yang cukup untuk menumis. 
Tips: Minyak perlu cukup supaya bahan tumis masak/garing dengan cantik. (Tidak hangus). Jangan risau, jika terlebih minyak selepas masak, sila la buang ye.
⭕️Tumis bahan-bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, sedikit rempah kari dan masukkan serai yang sudah dititik sekali. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.
⭕️Setelah naik bau, masukkan asam keping dan daging serta air rebusan (jika masih berbaki) dan tambahkan sedikit air. (pastikan air lebih sedikit dari kuah yang anda perlukan. Supaya daging dapat menyerap rempah dan masak sehingga kuah bersesuaian dengan daging)
⭕️Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya
⭕️Masukkan daun kesum atau daun limau purut
Bila kuah sudah bersesuaian, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Cadangan: Boleh dihidangkan dengan sayur, telur dadar, ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan goreng. 
*****

Sesambil tu, CM juga ada sediakan Bubur Kacang Hijau sebagai Pencuci Mulut. Hihi

cikmasland.blogspot.my

Nota Kaki: Resepi di atas adalah mengikut sukatan bahan yang CM sediakan. Jika anda ingin masak lebih, sila gunakan sukatan bahan yang bersesuaian. Selamat Mencuba!

Lavs, CM
“Masak Dari Hati”
#cmsmallkitchen
cikmasland.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)