Tuesday, March 27, 2018

Peratusan Golongan Muda Diisytiharkan Sebagai ‘Muflis’ Semakin Meningkat. 7 Sebab Punca Muflis | CikMasLand


cikmasland.blogspot.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malam ni CM macam terpanggil nak buat post tentang Generasi Muda kita. CM ada terbaca artikel tentang Peratusan Golongan Muda Muflis semakin membimbangkan. 

Dunia semakin maju. Selaras dengan kemajuan yang semakin pesat, jika golongan muda sudah di ‘label’kan sebagai muflis, ianya akan memberi kesan negatif Dalam Kemajuan Negara. Golongan Muda yang dikelaskan berumur 35 tahun kebawah, merupakan akar tunjang kepada pembangunan sesebuah Negara pada masa akan datang. Di manakah silapnya? Masalah ini akan menjadi sangat serius jika dibiarkan berlarutan.

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), golongan muda khususnya yang berusia lingkungan 20-an dicatatkan sebagai paling ramai diisytihar muflis. Kebanyakan mereka adalah daripada lepasan kolej atau universiti dan baru menempuhi alam pekerjaan.

•••••

Persoalannya, apakah penyebab utama kepada berlakunya masalah ini? 

Jom CM kongsikan. Antara penyebab utamanya adalah:

1- Mudahnya Membuat Pinjaman Peribadi
Sepertinya memiliki kereta mewah dan rumah menjadi trend golongan muda masa kini. Perkara ini tidak salah, tetapi harus dikira mengikut kemampuan seseorang untuk membayar hutang. Buatlah pinjaman peribadi yang tidak membebankan kita untuk membayar hutang setiap bulan. Seimbangkan hutang dan pendapatan, bukan lebihkan hutang dari pendapatan!

2- Penggunaan Kad Kredit Tanpa Had
Hati-hati dalam penggunaan Kad Kredit. Jika anda seorang yang boros, penggunaan kad kredit akan menyebabkan anda berbelanja lebih dari had dan kemampuan diri anda. Penggunaan Kad Kredit merupakan penyebab terbesar kepada masalah golongan muda Muflis. Oleh itu, berbelanja la dengan bijak! Jika ia bukan keperluan, elakkan dari menggunakan Kad Kredit!




3- Menjalani Gaya Hidup Diluar Kemampuan
Keinginan dan Kemahuan Yang Tinggi Memiliki Gadjet/handphone, Pakaian dan kasut Berjenama, Bercuti di  Dalam & Luar Negara (Tempat-tempat yang kelihatan Mewah) Belian henbeg Berjenama, peralatan mekap, aksesori dan macam-macam lagi. Semuanya demi  mengikuti lifestyle orang ada-ada. Padahal, masing-masing berbelanja melebihi dari kemampuan dari pendapatan bulanan.

cikmasland.blogspot.my

4- Tanggungan Bulanan yang Tinggi
Sewa rumah, Bil telefon, Internet, kelab gimnasium, bayaran pinjaman kereta, rumah, kad kredit dan perbelanjaan makan minum ditempat yang mempunyai ‘class’. 

5- Tahap Pengetahuan yang Cetek dalam hal Pengurusan Kewangan
Kos sara hidup yang tinggi antara penyebab kepada masalah pengurusan kewangan golongan muda tidak stabil. 

6- Mudah Terikut Corak Hidup dan Gaya Hidup Sosial Rakan Sebaya 
Ini juga menjadi faktor penting kepada kes Golongan Muda hadapi masalah muflis. Kerana ‘dek’ inginkan gaya hidup yang mewah, mereka tidak kisah untuk berbelanja. “Biar papa asal bergaya”. Biar hari-hari lepak Starbucks, Coffee Bean, Old Town, Cafe-cafe Hotel, asalkan tidak kalah dengan member-member. 

7- Berhutang Untuk Majlis Kahwin
Menjadi trend masa kini mengadakan Majlis Kahwin secara besar-besaran dan mewah. Ramai golongan muda sanggup berhabis duit dan berhutang semata-mata ingin mengadakan Majlis Kahwin seperti yang diimpikan tanpa memikirkan bebanan hutang yang bakal di tanggung di alam perkahwianan kelak. Bebanan hutang ini jugalah penyebab berlakunya masalah penceraian dan muflis




Nota Kaki: Ukurlah baju dibadan sendiri. Jangan dek nak ikut lifestyle orang ada-ada, kita berhutang keliling pinggang. 

“JOM JANA SIDE INCOME SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE! MANA TAU, DARI SIDE INCOME BOLEH BERTUKAR KEPADA PENDAPATAN UTAMA PLAK KAN...” L❤️vs, CM


0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)