Assalamualaikum...
Selamat petang... Entri sis petang ni tentang "Chicken Pox".
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. - Sumber: MyHealth.gov
Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Baru-baru ni, anak lelaki sis (8thn 7bln) kena jangkitan chicken pox. Alhamdulillah, now dah kering dan kuping-kuping cacar tu pun dah banyak yang jatuh/tanggal. Kulit dia pun dah nampak bersih. Cuma, 'ibu' cacar je nampak worse sikit. Al-maklum, blisters yg tumbuh kemain besar-besar. Tapi, mujur di perut. Muka naik sikit-sikit je. 😅
Ok, sis nak share pengalaman jaga anak yang kena chicken pox ni. Al-maklum, sis pun zero info tentang chicken pox. Moga bermanfaat untuk semua. Tanda-tanda awal, dia ada mengadu badan dia lemah dan tak larat. Tapi, masih pergi school time ni. Then, naik bintik merah di perut dia macam gigitan nyamuk. Seingat sis satu tu je tandanya. So, i just said itu gigitan nyamuk. After 2 days, terus naik blister ditempat merah tu, and beberapa biji lagi di tepi n belakang badan. Pelik juga, macam biji melecur kena minyak pun ye juga. (Oh mami) 😂
For confirmation, sis bring him jumpa Doctor. Then, confirm its chicken pox. Doctor pun consult what should do & don't.
Nasihat & Pantang larang:
✅ Jangan makan kicap
✅ Jangan terkena hujan
✅ Elakkan makanan laut (yang gatal & penyebab allergik jika anak ada allergik)
✅ Elakkan makanan bergoreng/berminyak
Apa yang sis buat:
✅ After confirm chicken pox tu, sis terus pergi cari kelapa muda. (4 days berturut-turut). Sebab, petua orang tua supaya blister tu cepat keluar dan ianya akan cepat baik bila semua dah keluar. Hasilnya memang betul. Blister keluar sekaligus, and kering dalam waktu yang sama. Takde la yang dah pecah, baru nak keluar la... So, MESTI bagi minum air kelapa muda tau. Oh ya! Jangan bagi makan isinya. Ini menurut uncle yang jual tu la. Tak sempat nak tanya why sebab tergesa-gesa. Huhu
✅ Doctor nasihat supaya pastikan LIQUID cukup dalam body. MESTI banyak minum Air/Juice. So, sis memang setuju yang ni. Sebab, time baru-baru keluar blister, anak sis ni demam sikit. Waktu checkup pun panas dia 38'c. So apa sis buat, selain air kelapa tu, sis bancuhkan Performance Drink Shaklee. Untuk pastikan dia bertenaga. Sebab blister ada tumbuh dlm mulut and atas bibir dia. Kesian tengok 😢 sigh! Kalau kurang air, takut bibir akan kering and luka plak nanti. So, sis bancuh PD ni dengan air sejuk. Thats why dia suka. Sejuk segar katanya. Disebabkan PD ni favourite dia, so memang dia akan ingatkan sis kalau terlupa bagi. 😆 thumbs up 👍🏼 Lagipun, awal kena chicken pox ni, anak sis kan demam. Time pergi klinik suhu 38'c. So, Doktor ada bekalkan paracetemol. Memang air/liquid kena cukup tau! Anak sis demam tapi tetap aktif 😉 energized 💪🏼
✅ Petua orang-orang dulu is DAUN SEMAMBU. Untuk hilangkan rasa gatal. Alhamdulillah, mujur husband dapat cari dengan bantuan sahabatnya walau duduk di kota batu ni. So, 3 hari sis mandikan dengan air rebusan daun semambu. Daun dia sis blend and campur dengan tepung ubi (bedak sejuk takde) then lumur seluruh badan. Sis bancuh dengan air sejuk, so anak sis kata segar je hilang gatal-gatal. Daun semambu ni jugak, sis ambil dalam 10 tangkai, and ikat untuk dijadikan 'penggaru' dia... Hahaha. Kreatif ke idok? Tapi berguna tau. Takde la dia garu guna kuku. Ha, cakap pasal kuku, harus potong kuku anak-anak ye. Sebab malam, kita pun tak dapat kawal kalau dia menggaru 😂
✅ Krim sapuan pula sis guna Calamine lotion dan semestinya HERBAL BLEND. Yang sis perasan, calamine lotion ni cepat kempiskan blister tu. Dalam 5 ke 6 hari Blister start pecah. Rutin sis, lepas mandi pagi sis sapukan Calamine lotion. Tapi area muka, memang dia nak herbal blend. Calamine bau ubat katanya. Hahaha. Memang la sayang. Calamine kan ubat. So, muka memang sis sapukan herbal blend. Malam herbal blend time. Herbal blend ni bagi rasa selesa dan sejuk. After blister kering, memang fully used herbal blend. Yang kering akan senang tanggal sebab herbal blend ni lembut dan melembapkan. Dia pun suka.
✅ Makanan pula memang sis 'pantang' dari makanan yang menyebabkan rasa gatal dan allergic. Anak sis ni ada allergic. So say NO to seafood. Alhamdulillah, dia suka makan sayur (vege lover). And he is not picky about makan. Untuk support, we all 1 family pun makan lauk pantang jgk. Healthy je rasa 😊. Ikut Doktor suggest, bagi buhur. Tapi nampaknya dia okey makan dan minum, so sis choose bagi makanan seimbang. Ni antara menu untuk 14 hari pantang.
Rasanya tak susah pun nak jaga anak-anak yang kena chicken pox. Tapi kalau baby, mungkin kena extra care kan. Macam umur anak sis ni mesti dah faham bila kita kata what should do & don't. So, memang tak susah jaga. Just enjoy jer.
Lastly, semoga bermanfaat. Sharing means caring.
xoxo, CIKMAS
Berminat nak cuba HERBA BLEND & PERFORMANCE DRINK SHAKLEE, boleh wasap sis... cause, sis RAKAN SHAKLEE ANDA 💙
_____________🖌
NAK TANYA, NAK ORDER,
CIKMAS | 0122218698
Shaklee Distributor | SID 1066326
Rakan Shaklee Anda
Facebook: Masdiana Hj Che Din
Instagram: @cikmasland.shaklee
Twitter: @cikmasland
Free Consultation
"I am NOT a product of my circumstances, I AM a product of my decisions"
0 comments:
Post a Comment
TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)