Wednesday, January 22, 2014

SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME


"Manusia berubah kerana 'KEADAAN'. Jika anda punya IMPIAN, jangan takut memulakan langkah pertama. Kalau masih wujud kegusaran & ketakutan, jangan berani MELAKAR impian merenung bintang dilangit, kerana AKHIRNYA impian hanya menjadi angan-angan Mat Jenin"
 


Assalamualaikum & selamat malam... 
Kata-kata tu sebenarnya semangat untuk CML sendiri yang punya impian tinggi melangit.. Uols pun tentu ada impian sendiri. Tak kira la apa pun, persoalannya, will we achieve our BIG DREAMS? Kita je yang boleh jawab. Insya Allah, yang sukar pasti ada penyelesaian, yang samar pasti ada pencerahan, yang PAHIT pasti MANIS juga AKHIRNYA... Itu FITRAH ALAM... Okey, kembali pada tajuk entri pagi buta ni... 
 

NI ANTARA SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME
*********************
Ternyata dari pembacaan saya, Shaklee antara Syarikat MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)
 
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
 
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
 
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
 
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
 
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
 
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
 
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
 
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
 
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
 
Sumber:
 
*******************
Nota Kaki: Alhamdulillah... Untuk anda yang nak join 'keluarga' Shaklee, amat CML alu-alukan. Hubungi aje CML atau sms/whatsapp. Kami ada group yang akan sama-sama memberi ilmu untuk sama-sama Berjaya didalam bisnes Shaklee... Mana tahu, dari NIAT ingin membuat SIDE INCOME bertukar menjadi 1st INCOME untuk keluarga. TIADA istilah MUSTAHIL dalam hidup kita sebagai hambaNYA selagi kita BERUSAHA. Insya Allah.


***********************
CikMas Land 
Shaklee Distributor | SID 1066326 
0122218698 | sms/whatsapp
Free Consultation 

Self Pickup:
IPD Miri, Sarawak
Cash on Delivery COD:
Bintang Mall, Boulevard Imperial Mall, Boulevard Shopping Mall, Permaisuri Mall, Merdeka Mall, Econsave Miri, Giant Permy Jaya, Miri & sekitar Bandar Miri (will consider)
 
"I am NOT a product of my circumstances, I AM a product of my decisions"
 

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)