Wednesday, November 27, 2013

Info: "POWER PUMPING" untuk banyakkan SUSU IBU


 
Assalamualaikum...
 
Entri kali ni CML nak share tentang "Power Pumping" untuk ibu yang menyusu. Tanyalah mana-mana ibu pun, mesti setiap ibu punya IMPIAN ingin BERJAYA dalam menyusukan bayi mereka.
 
Namun, ada yang tak sampai 2 tahun, susu sudah merundum. Alahai, sedihnya hati jika ini yang berlaku.
 
Tahukah Anda apa itu POWER PUMPING?
Power Pumping adalah satu TEKNIK seperti anak/bayi anda sedang menyusu. Ianya bertujuan bagi merangsang hormone badan anda untuk memperbanyakkan susu.
 
Adakah Teknik "Power Pumping" ini akan BERJAYA?
Insya Allah, dengan izinNya dan USAHA para ibu, ianya PASTI BERJAYA. Melalui teknik ini, ada ibu yang BERJAYA mendapatkan hasil yang LUMAYAN dalam masa 48 jam sahaja. Namun, ada yang mengambil masa lebih dari seminggu. Namun, usaha yang berterusan adalah DIGALAKKAN untuk anda turut sama BERJAYA. So, CML nasihatkan JANGAN CEPAT PUTUS ASA tau!
 
For mommies out there, ni antara TIPS untuk memeriahkan semula susu badan anda.
 
TIPS:
 
Langkah 1:
Jika anda menggunakan single breast pump, anda perlu mengepam breast sebelah kanan selama 20 minit. Kemudian di ikuti sebelah kiri 20 minit
(Jika menggunakan double breast pump, anda boleh menggunakannya sekaligus kiri & kanan selama 20 minit untuk masa pam yang pertama)
 
Langkah 2:
Bagi anda yang menggunakan Single Breast Pump, anda kena teruskan dengan berselang seli antara kanan & kiri. Bagi yang menggunakan Double Breast Pump, anda boleh rehat sebentar selama 10 minit.
 
Langkah 3: Teruskan mengepam selama 10 minit pula.
 
Langkah 4: Rehat 10 minit.
 
Langkah 5: Pam lagi selama 10minit & Tamat.
 
Info Penting:
  • Untuk Berjaya dalam POWER PUMPING ni, anda mestilah melakukannya selama 3-5 KALI sehari atau lebih untuk mendapatkan hasil yang diingini.
  • WAKTU YANG SESUAI: Pertengahan Malam sehingga SUBUH/Pagi. Kerana waktu ini hormon anda dalam keadaan baik & merupakan waktu REHAT anda.
  • During pumping session, ianya mungkin TIDAK MENYELESAKAN. So please make urself COMFORT while pumping. Contohnya, tempat yang selesa sambil mendengar muzik atau sambil menonton TV atau mungkin juga sambil membaca buku/novel kegemaran anda
  • Breast Pump yang  SESUAI juga memainkan peranan yang penting untuk keselesaan anda.  Breast Pump jenis apa yang sesuai? CML cadangkan BREAST PUMP jenis ELECTRIC untuk anda. Ini kerana, electric pump lebih memudahkan sesi mengepam dari Breast Pump jenis Manual. Lagipun, Electric Pump mempunyai kekuatan & frekuensi pam yang berbeza dan lebih efektif.
 

 
Sumber: Pregnancy.com.au & sumber bacaan. Olahan oleh CML sendiri.
 
---------------------------------------------------------------------
Promosi: Untuk mendapatkan Breast Pump Avent Natural Double @ Single Electric seperti diatas, boleh la hubungi CML. Harganya MESTI SUPER MURAH dari harga Market & with WARRANTY. CML juga ingin mencadangkan anda mengambil suplemen dari SHAKLEE untuk memperbanyakkan susu. Boleh cuba ESP & ALFAFA for MILK BOOSTER . Bergantung pada bajet anda. CML cuma cadangkan sahaja, selebihnya KEMAHUAN anda dan semestinya dengan IZIN dariNYA jua.
 
-------------------------------------------
Nota Kaki: Jika anda mengambil anak angkat dan BERNIAT ingin menyusukan anak angkat tersebut, anda boleh mencuba TEKNIK Power Pumping ini bagi merangsang hormon penyusuan. Insya Allah, ramai yang dah BERJAYA, kenapa tidak ANDA?
 
Sharing is caring,
CikMas Land
0122218698 (sms/whatsapp)

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)