Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat malam semua...
Entri kali ni CM nak ucap Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia. Mesti ada yang tengah busy menyediakan juadah untuk raya kan? CM rindukan lemang Abah CM. Tapi seperti biasa, Raya Haji di perantauan. Huhuhu...
 
Sedikit info ringkas CM nak kongsi dengan u olls. Qurban adalah kisah yang berlaku kepada Nabi Allah Ibrahim, yang mana baginda telah bermimpi & mendapat perintah dari Allah SWT untuk mengorbankan anaknya Nabi Allah Ismail. Demi terjaga dari tidur, baginda termenung dan sgt bersusah hati. Zaman dahulu, mimpi yang diberi Allah kepada Nabi utusanNya merupakan satu wahyu yang harus dilaksanakan. Baginda sangat bersedih kerana setelah berthn menunggu, beliau dikurniakan seorang pewaris,tetapi harus dikorbankan.

 
Namun atas rasa Cinta yang mendalam pada penciptaNya, dan amanahkepadanya sebagai seorang pesuruh Allah, Nabi Allah Ibrahim telah pergi menemui anaknya Nabi Allah Ismail dan memberitahu kisah mimpinya. Nabi Ismail adalah anak yang soleh & taat kepada kedua ibubapanya. Beliau terus menyuruh ayahandanya melaksanakan perintah Allah.
 
Namun, ketika melakukan penyembelihan Nabi Ismail, parang yang sudah diasah tajam telah menjadi tumpul di leher Nabi Ismail. Betapa terkejutnya Nabi Ibrahim. Lalu berkata Nabi Ismail, mungkin kerana ayahandaNya kasihankannya lalu tidak sanggup melihatnya. Dan diminta dari ayahandanya
supaya memalingkan dia, dan menyembelih dr blkg. Namun kebesaran Allah menyaksikan parang itu memang tumpul dileher Nabi Allah Ismail. Maka turunlah wahyu yang mengatakan Nabi Allah Ibrahim telah menurut perintah, Dan Allah mewahyukan agar di gantikan penyembelihan Nabi Ismail dengan seekor kambing. Inilah titik tolak kepada penyembelihan atau qurban yang menjadi sunnah setiap kali menjelang Aidiladha.
 
Subhanallah, Maha suci Allah...
 
Salam Aidiladha,
CikMas Land
 
 

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)