Thursday, January 11, 2018

Senggugut Teruk Dari Zaman Remaja Mungkin Mengganggu Kesuburan Apabila Berumahtangga | CikMasland

masalah senggugut teruk


Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.


BAGAIMANA SENGGUGUT BOLEH BERLAKU?

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. 

Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

punca senggugut teruk
SENGGUGUT TERBAHAGI KEPADA DUA:
  1. Senggugut Primer atau UTAMA
  2. Senggugut Sekunder

•SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya
Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. 

Cara Atasi Senggugut Primer:

✅Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. 
✅Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. 
Senaman, NUTRISI yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. 
✅Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan KALSIUM yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. 
Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg VITAMIN setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

•SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. 
Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah:

Tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

ANTARA CONTOH LAIN ADALAH:
  1. ENDOMETRIOSIS
  2. FIBROID
  3. PELVIK
ENDOMETRIS Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
FIBROIDTumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
PELVIKJangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
Sumber: Majalah Rapi 1 Sept ‘05

set senggugut shaklee


SUPLEMENT SHAKLEE UNTUK MEMBANTU MELEGAKAN SENGUGUT :
  1. OSTEMATRIX
  2. GLA COMPLEX

OSTEMATRIX
🌸 Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
🌸 Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
🌸 Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
🌸 Boron - membantu dalam metabolisme tulang
🌸 Zink, mangan dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

GLA COMPLEX


🔗Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid

🔗Mengandungi pati biji borage yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. Wanita penghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut

🔗 Ia juga dapat mengurangkan sakit payudara dan mengawal keinginan makanan manis. .

Dapatkan BEST PRICE serta special consultation/guide cara makan supplement dengan betul dari CM.

INGIN DAPATKAN PRODUK INI??
Mahu JANA PENDAPATAN dengan Shaklee? 
Inginkan info lanjut? 

Hubungi CM 
***********************
CikMas Land 
Shaklee Distributor | SID 1066326 
012-2218698 | sms/whatsapp

FB: Masdiana Hj Che Din
IG: @shaklee.by.cikmasland
Email: cikmasland@gmail.com

Free Consultation | RICH FIGHTER FAMILY
"I am NOT a product of my circumstances, I AM a product of my decisions"




0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)