Friday, July 28, 2017

VITAMIN C BUAT ANDA RASA LAPAR DAN MENGGEMUKKAN?

Vitamin C Shaklee

Betulkah Vitamin C buat kita lapar dan Naikkan Berat Badan? 
Jom baca ni...👇
******************************

Kalau menurut rujukan Livestrong  vitamin C adalah vitamin antioksidan larut air yang membantu menguatkan sistem imun tubuh badan kita dan melindungi badan kita daripada kerosakan akibat radikal bebas. Bila berlaku kerosakan akibat radikal bebas inilah yang meningkatkan selera makan kita. 

Haaa.. kan dah terbalik tu. Pengambilan vitamin C sebenarnya boleh membantu mengurangkan selera makan.
.
Menurut Swami Sadashiva Tirtha, pengarang buku “Ayurveda Encyclopedia: Natural Secrets to Healing, Prevention, and Longevity.” vitamin C juga menghalang kelaparan pra-matang, mengimbangi hormon, mengawal selera makan, mengurangkan keinginan terhadap makanan, meningkatkan tenaga, mengurangkan risiko ketagihan makanan dan membuang toksin dari badan. 

TOKSIN yang banyak juga boleh mencetuskan rasa lapar juga tau. Bagusnya vitamin C ni akan singkir buang semuanya. Tiada alasan vitamin C naikkan berat badan dan membuatkan anda gemuk.

Jadi Mengapa Lapar Bila Ambil Vitamin C?
*******************************

Haaa.. jadi kenapa masih lapar? Kalau menurut sumber livestrong.com itu, dah gayanya macam boleh kurus je bila ambil Vitamin C kan? Tapi pelik pula bila customer saya ini cakap adiknya serta kawan-kawan semakin berselera makan selepas mengambil Vitamin C. Kalau nak diet, mereka kena stop ambil Vitamin C. Apa yang terjadi sebenarnya?

Vitamin C yang kita ambil akan “digunakan” untuk membaiki sel-sel yang rosak di dalam badan kita. Proses pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak, dan metabolisme badan juga akan turut meningkat. Metabolisme yang tinggi ini memerlukan makanan untuk dibakar dan ditukar kepada tenaga. Sebab tu la kita lapar sebenarnya. Tapi bila rasa lapar je, kita makan roti canai la.. mee goreng la.. nak lagi sedap? Minum pula teh tarik, milo ais konon-konon nak hilangkan rasa lapar dan konon-konon Vitamin C ni lah penyebab selera makan meluap-luap kan?

Jadi salah siapa sebenarnya? Salah Vitamin C atau salah kita sendiri? (sebenarnya vitamin apa-apa pun akan meningkatkan metabolisme badan kerana badan memerlukan tenaga untuk vitamin itu bertindak secara efektif di dalam badan kita).

Apa nak buat sebenarnya bila lapar?
******************************

Minum banyak air kosong, bukan air manis yang boleh menambahkan kalori sekaligus menaikkan berat badan ambil snek sihat seperti energy bar ke, waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam), cuba ambil makanan yang betul-betul mengenyangkan. 

Seperti, lebih baik makan sepinggan nasi yang betul-betul mengenyangkan berbanding 2 keping roti yang kita anggap kudap-kudap sahaja. Tahukan nilai kalorinya sama? Haaa.. jangan ada yang tetiba terkejut pula. 
.
Jadi kesimpulannya Vitamin C ini tidaklah menggemukkan ataupun menaikan selera makan ataupun naikkan berat badan. Semuanya TIDAK!

👉info ni bermanfaat? Sila share kan pada semua 👈

Lavs 💙 CikMas

_____________🖌
NAK TANYA, NAK ORDER,
CIKMAS | 0122218698
Shaklee Distributor | SID 1066326 
Rakan Shaklee Anda
Facebook: Masdiana Hj Che Din
Instagram: @cikmasland.shaklee
Twitter: @cikmasland
Free Consultation 
"I am NOT a product of my circumstances, I AM a product of my decisions"

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)