Sunday, January 26, 2014

Anak Demam? Ketahui CARA merawat & TIPS semasa merawat anak Demam

Assalamualaikum & selamat malam...

Pagi ni entri CML tentang demam. Al-kisahnya bila baca je news feed di #facebook, ramai yang risau anak-anak demam, selsema & batuk. Tak hairanlah kan, cuaca yang tak menentu lately (hujan & panas), mungkin salah satu sebab kesihatan anak-anak kita terjejas. Jom ketahui CARA & TIPS merawat demam anak anda.

************
"Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius"
CARA MERAWAT ANAK DEMAM
✔️Menjaram kepala anak anda dengan air asam jawa, air daun bunga raya @ lidah buaya (yg ditumbuk @ diramas). Sambil berselawat, sapu di ubun-ubun kepala anak anda sambil memohon bantuan Allah SWT supaya menyembuhkan penyakit.

✔️Mendapatkan nasihat dari Doktor jika suhu badan melebihi suhu demam yang normal (38 celcius keatas). Biasanya Doktor akan memasukkan ubat ke bontot kanak-kanak. Dan jika panas masih tinggi dalam tempoh 6-8jam, proses yang sama (memasukkan ubat ke bontot) harus dilakukan lagi.

"Ubat bontot ini ialah SUPP PARACETAMOL (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Pastikan anda menyimpan ubat bontot ini bagi untuk persediaan awal jika anak anda demam panas diwaktu malam".

☑️JANGAN AMBIL ANTIBIOTIK JIKA ANAK ANDA HANYA DEMAM VIRAL kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bacteria sahaja dan jika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, tidak perlukan antibiotik. 

Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan monyok sepanjang hari.

Kredit: klinik-ibuaiman.blogspot.com
*********************

TIPS SEMASA MERAWAT ANAK DEMAM

✔️Ambillah cuti untuk memantau sendiri suhu badan anak anda. Jangan mengharapkan pihak nursery atau pengasuh yang memantau demam anak anda.

✔️Jika anak anda demam panas, tanggalkan bajunya @ pakaikan baju yg nipis shj. JANGAN di selimut atau dipakaikan pakaian yang tebal dikuathiri suhu anak anda semakin tinggi

✔️Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.
 
✔️Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

✔️Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

✔️Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa.

✔️Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

✔️Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

✔️Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

✔️Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda berikut:
☀️tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.
☀️Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.
☀️Asyik tidur dan sukar dikejutkan.
☀️Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

Sumber: Utusan Malaysia
******************
Nota Kaki: JIKA anak anda yang berusia 7 tahun ke bawah mengalami demam, JANGAN AMBIL MUDAH. Ini kerana anak berusia 7 tahun ke bawah berisiko terdedah kepada SAWAN DEMAM (febrile fits). Apa la salahnya kita mengambil cuti & memantau sendiri kesihatan anak kita. Selain itu, berdoa & mohon pada Allah supaya anak kita sembuh & jangan berputus asa. Sesungguhnya, ALLAH jua Maha Penyembuh segala penyakit. Wallahua'lam....

Sharing is caring,
CML 

0122218698 | sms/whatsapp

**********
Meal Shakes adalam Suplemen Shaklee yang baik untuk anak anda...

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)