Tuesday, October 8, 2013

Selamat pagi Oktober... 7 Resepi Berjaya dalam Perniagaan Online

Bila baca tajuk entri ni, 'selamat pagi oktober' macam baru masuk bulan oktober kan, kan, kan... Sedangkan mid of October suda... Why? Mesti la ada isu nya... 1st October 2010 la sis mula set up tapak di dalam bisnes online. Atas cadangan 'seorang kawan', sis nekad ingin mencuba. Bila sis informed my husband rgrdg my intention, my husband said "Try la... if u can sell 1 item pun, daddy tabik. Susah tau nak tarik kepercayaan orang" (macam tu la lebih kurang ayatnya) :). Dan itu jadi pembakar semangat buat sis. As full time housewife, tak banyak aktiviti yang sis lakukan kecuali rutin harian. At that time, my twin pun dah nak masuk 3thn. So, sis mulakan langkah dengan niat yang satu, 'I can do it! I'll prove to you dear hubby'... Suppose what? Till today sis running business online. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas rezekinya. Masa mula bertapak, saingan tidak la sehebat sekarang. Kalau u all open je FB sekarang, semuanya iklan kan. Semua ingin mengambil peluang untuk berniaga. Alhamdulillah, saingan yang sihat & sis tak bimbang kerana sis percaya rezeki Allah takkan pernah berkurangan. Malahan memberi semangat lagi buat sis, membuat sis berfikir cara yang lebih berkesan untuk MAJU dan terus maju.

Hari ni, dah Oktober 2013. Dah lebih 3 tahun pun. Nak tahu apa resepinya? Let me share. Some quote said 'sharing is caring' kan. Yes I do care untuk sesiapa yang dah ada niat & mula berminat untuk berniaga.

Ini 7 resepinya:

Satu, mesti la niat @ dalam bhs arab, nawaitu. Niat ingin BERJAYA. Sebab dengan niat inilah yang menggerakkan kita. Sama juga bila ingin menunaikan solat, kita mesti mulakan dengan niat untuk menunaikan solat. Same dengan puasa. Di awal ramadhan lagi kita sudah berniat untuk berpuasa sebulan. Tapi buat kaum hawa, apa boleh buat. Kita kan istimewa... hihihi... So, tetapkan niat di hati kita.

Kedua, target. Target mesti jelas. Apa yang kita nak jual, siapa pelanggan yang kita pillih dan barang apa yang ingin kita jual. Plan marketing strategy. Nak bagi tips ni. Untuk yang ingin berniaga, tapi tiada modal, apa kata anda cuba buat 'dropship'. Tahu tak apa itu Dropship? Nak tahu apa itu dropship, nanti sis bagi tahu in new entri ye.

Ketiga, jujur. Umumnya, kita memang suka orang yang jujur. Sama juga dalam perniagaan. Untuk dapatkan rezeki yang HALAL, kita mesti berlaku jujur kepada pelanggan. Ini merupakan resepi  yang sangat penting dalam perniagaan dan merupakan titik tolak kepada kejayaan seseorang.

Keempat, selalu update & iklankan produk/barang/servis. Step ni memang penting. Kita kena la selalu update produk/ servis yang kita tawarkan. Pelbagai cara untuk menarik minat pelanggan. Salah satunya, mesti la 'SALE'. Mommies kalau talking about sale, blink blink mata kan. Hihihi.. Bkn u all saja, sis pon sama. Huhuhu...

Kelima, close deal. Jika ada pelanggan yang berminat ingin membeli @ mendapatkan khidmat nasihat, janganlah anda terlalu KEDEKUT. Maksud kedekut sis tu, dari segi masa, wang & ilmu. Luangkan masa utk membalas mesej, jangan sayang sangat kredit anda. Satu yang perlu anda tahu. Jika seseorang komen atau mesej anda, itu maknanya dia berminat. Cuma anda kena bijak untuk approach pelanggan anda. Sbb tu communication skill itu penting ye u all. Sometimes, karenah pelanggan ni macam-macam. Mental fizikal kena mantap okey. Peringatan! Kalau terima mesej dr 'stranger', jgn pula anda jd terlalu peramah... come on, u know maksud sis stranger kan. Mesti la dia mesej bkn kerana produk atau barangan yang anda jual. Kalau reply juga, itu namanya, cari penyakit. And sis xde kena mengena dalam ini cerita... hahaha... just selingan...

Keenam, good service. Based on our experiences pun, kalau kita ade history, good deal & services dari seller, mesti kita rasa selesa untuk membeli lagi dari orang yang sama kan. Konsep ni, sis lebih suka panggil 'return customer'. So, dalam business network, kita kena give more supaya return customer kita senang & setia dengan kita. So that, dia akan suggest pada friends, office mate n so on. Nampak x pentingnya good services for business network.

Ketujuh, Doa & Tawakal. Jgn pentingkan aspek duniawi shj sampai lupa aspek rohani. Rezeki itu datangnya dari Allah. Dan DIA maha pemberi. Puji lah, rayu lah padaNya. Sesungguhnya segala yang kita ada adalah dengan izin dariNya...

Okey, itu resepi sis. Mungkin orang lain punya rahsia yang berbeza. Sekurang-kurangnya info ini berguna buat seseorang. Lastly sis nak kongsi qoute ni,

"Don't afraid of moving, be afraid of standing still"

Have nice day & see again!

Lots of love
CikMas Land

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)