Wednesday, October 9, 2013

Apa itu 'Dropship'?


Dropship Agent
Selamat malam u all.. Seperti yang sis janjikan, entri sis kali ni tentang Dropship. Apa itu dropship? Kalau yang buat bisnes online mesti familiar & synonym sangat dengan perkataan ni kan. Harus lah...

Okey, dropship ni maksudnya seseorang yang ingin mulakan perniagaan tetapi tiada produk & modal. Anda hanya perlu mempromosi barang/produk, dan jika ada pembelian dari pelanggan, anda hanya drop order kepada wholeseller/pemborong. Mereka akan uruskan 'penghantaran' barang terus kepada pelanggan anda.

Bagaimana caranya?

Biasanya wholeseller/pemborong akan open di wall/website/blog untuk mencari agen dropship. Namun, ade yang kenakan bayaran & syarat. Itu terletak atas budi bicara la. Kalau ada yang baik hati, tidak akan mengenakan sebarang bayaran. Sebabnya, pada pendapat sis, agen-agen dropship ni membantu kita menjual barangan/produk yang kita jual. Lebih tepat sis umpamakan 'win-win situation'. Bagi yang pernah Nampak iklan mencari dropship, cuba-cuba la merisik. Kalau kena dengan gaya, pasti anda berpeluang untuk berbisnes.

Simple steps as dropship agent:
  • Anda akan dapat senarai harga dari pemborong/wholeseller
  • Sila mark up harga you sendiri utk jana pendapatan peribadi
  • Bila ada pelanggan yang berminat, sila close deal
  • Bila urusan jual beli berjaya, anda hanya perlu membuat bayaran kepada pemborong/wholeseller anda (drop order)
  • Seterusnya, wholeseller/pemborong akan membuat penghantaran bagi pihak anda.
Senangkan? Ha, apa tunggu lagi. Intai-intai, risik-risik la peluang yang ada. Mana tau rezeki anda.
Wish you all best of luck!

***************
Nota kaki:
Jika ada yang berminat nak jadi agen dropship sis, anda di alu-alukan. Just sms/whatsapp sis. Nak email pun boleh. Credit untuk yang komited shj ye. :)


Sharing is caring,
CikMas Land

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)