Showing posts with label Ruang Santai. Show all posts
Showing posts with label Ruang Santai. Show all posts

Monday, April 8, 2019

Jangan Takut Jadi Ejen Dropship!

Ruang Santai: "...Dunia bagai tunggang terbalik"

Petang ni mami nak buka cerita sikit pengalaman bisnes mami. Moga sedikit sebanyak memberi manfaat pada uols.

Mami bermula dalam bisnes online ni sebagai ejen DROPSHIP je. Time tu DS baju baby. Then dapat peluang DS produk Philips Avent & Tommee Tippee Malaysia. Sales time tu cecah 10k. So memang senang2 untung atas angin je. 4 angka masuk akaun. Mami ulang, sebagai Ejen DROPSHIP je mami dapat untung 4 angka tau! 

Sampai satu tahap mami dapat harga borong even mami ejen DS yang tak simpan stok. Sebab apa? Sebab sales mami memang meletop setiap bulan. Masa tu mami ingat lagi, mami dalam golongan awal buat bisnes online (tahun 2010). Dan dalam masa yang sama, memang tengah trending biz online & shopping online ni. Beza dengan sekarang. Semua berlumba-lumba jual online. Semua advance. Kalau ada yang masih ingat, mami bisnes online guna ID 
👉🏻 Avent Harga Promosi
👉🏻 CM bbkidstuffshoppe
Ada yang ingat tak? Maybe korang salah sorang customer mami time tu. 😍

Tapi bila bisnes tiada wawasan, sekadar suka-suka, mind set sekadar cari duit poket je, takut nak ambil stok, finally mami hilang dari radar. Dunia bisnes online mami tunggang terbalik. Sigh 😢

Satu lagi penyakit yang ada pada mami, nak join bisnes 'itu', tangguh. Nak join bisnes yang ni, tangguh lagi. Sampai yang join bisnes masa mami masih berangan-angan tu dah berjaya pun! Mami masih dok fikir-fikir lagi.

Now, mami dapat pengajaran. Semuanya bermula dari diri sendiri. Roadblock paling susah nak 'lepas' adalah diri kita. Last word dari mami, lakukan sesuatu tanpa NANTI. Mula dulu, bukan fikir masalah dulu.

Dulu benda yang paling mami takut, adalah SIMPAN STOK. Tapi sekarang, benda yang paling ngeri bila STOK LICIN then customer minta pos segera. 😅😁 Mami bukan siapa-siapa, sekadar kongsi pengalaman supaya uols takde story yang sama macam mami ni ha.

Sekarang mami Stokis Al Fateh Besut. InsyaAllah, soon bakal naik stokis. Doakan mami berjaya ye uols😘🤲🏻

#mamisukasharing ✌🏻
#mami2centsopinion
#cmsipenulisblog
#teamalfatehjunior2u
cikmasland@gmail.com
Klik Info Lanjut

Wednesday, October 3, 2018

Terlalu sibuk untuk menulis? Kemana menghilang CM Si Penulis Blog?

China Street, Kuala Terengganu
Ruang Santai | Assalamualaikum pembuka bicara. Selamat bersua kembali pada semua pembaca dan follower blog CM ni. Lama CM menghilang, kini kembali semula. Lol~~~

Actually, CM baru menetap di tempat baru. Story sebagai isteri Polis, memang sinonim dengan 'pindah'. Selagi tak pencen, selagi tu la tinggi kebarangkalian untuk berpindah-randah. Huhuhu. But i'm okey with it! Enjoy je. Our twin pun is Redha je la. Baru standard 4, dah 3 kali tukar sekolah. Mami daddy proud with uols, my twin little pie. Dari cakap sarawak, pindah KL. Now speaking 'kelate'. Diorang cakap pon dah ada slang 'Kelate' dah. Hihihi. Now, secara rasminya kami menjadi perantau di Terengganu pulak. "Na na na na na naa, Ganu Kite". Siapa anak Besut Ganu, put ur hands up!!

Alkisahnya, plan hujung tahun ni CM nak bercuti ke Terengganu. Who knows, Allah is the best Planner ever! Dapat peluang menetap disini pulak. We follow the flows. Seronok sebenarnya duduk di tempat orang ni. 

www.cikmasland.blogspot.my
Pantai Keluang, Besut Terengganu
CM nak share and story-mory dengan uols. Besut ni sempadan Kelantan dah sebenarnya. Thats why, orang sini masih 'kecek' klate. So, takde la tambahan 'ng' dihujungnya ye.;) 

Yang paling CM suka, since my husband and I is a food lover, sarapan di Besut ni memang terbaik. Serius tak tipu. tau! Kalau datang Kuala Besut untuk Ke Pulau Perhentian, Uols kena cuba makan nasi ikan bakar, lempeng kelapa & nasi air. Yang paling best lagi, awal pagi dah ada nasi minyak uols. Nasi dagang dan nasi kerabu of course la ada. Yang on diet, for sure akan 'hancus'. Sigh~~~ Ala, nama pun jalan-jalan bercuti. Mesti la jalan-jalan, 'chillex' dan makan-makan. Rugi wooo kalau holidays tapi DIET. CM is tak kuat.. hahaha

www.cikmasland.blogspot.my
Nasi Minyak
Lunch pulak, korang boleh pergi ke kedai nasi ulam (selera kampung). Ni one of my favourite spot. Sebab CM suka makan ulam-ulaman ;) Eh, semangat tau kalau cerita bab makan. Belum CM review kedai ICT. Korang tau tak ICT tu apa? Orang Ganu mesti tau. ICT stand for Ikan Celup Tepung. KLCC is Kopok lekor cicah cili. lol~~~ Yang goreng-goreng tepung ni, viral spot is Pantai Penarik. View memang 'ohsem'! Sesuai sangat la bagi yang suka selfie. Background syantik! 

Okeylah, ada masa nanti CM review lagi tempat-tempat makan kat Besut, Terengganu ni. CM belum berkesempatan turun Pulau Perhentian lagi. Setiap tahun, dalam pertengahan Oktober sampai Mac tahun berikutnya, Pulau Perhentian ditutup sementara, disebabkan musim tengkujuh. Air laut tak berapa cantik dan ombak bergelora. For safety actually. Gitu la menurut kata orang tempatan. (Jika salah sila perbetulkan ye).

www.cikmasland.blogspot.my
Pantai Penarik, Setiu Kuala Terengganu
So sekian dulu untuk entri kali ni. Stay tune for new review tentang Terengganu. Muah muchooooo ❤️

www.cikmasland.blogspot.my
#cmsipenulisblog
Klik Info Lanjut

Saturday, June 9, 2018

My Lucky! Rezeki Menang Hadiah Giveaway Dari Blog Annursyuhadah.com

My Lucky! Rezeki Menang Hadiah Giveaway Dari Blog Annursyuhadah.com | Alhamdulillah, sebenarnya CM dah terima pun hadiah Giveaway dari Annur. Tapi ‘dek’ kerana sibuk sangat, post tersimpan dalam draft je. :) Bulan puasa ni terasa masa begitu pack. Cepat je masa berlalu. Bila malam, pukul 10 dah mengantuk. Huhu


Okey, sebenarnya CM nak bagi kredit pada Annur. In the same day Annur umum pemenang di blog, Annur terus wassap CM ucap Tahniah dan minta details untuk delivery. Next day dah siap pos hadiah Giveaway, and two days after, CM received. Yeay! Thank you very much Annur! Plus, she’s very friendly. (Bukan kipas haaaaa..She’s really nice person!) ;p


Okey, nah CM belanja gambar Syiling Dinar yang CM menang. 😘 Boleh masuk dalam koleksi CM dah.


cikmasland.blogspot.my
At last, wanna say Thank You very much to Annur & husband again and again. 

Nota kaki: Actually, I am not so lucky one! Tak pernah nak menang kalau join lucky draw or else yang berkaitan. Lol~~ But this time, i am chosen. Syukur Alhamdulillah... My rezeki Ramadhan.:)


cikmasland.blogspot.my



Klik Info Lanjut

Monday, May 28, 2018

Jom Cuti-Cuti Bersama AirAsia Di Traveloka | Kaki Travel

Jom Cuti-Cuti Bersama Airasia Di Traveloka | Kaki Travel
Assalamualaikum & Selamat berpuasa korang. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah, kita di Fasa ke-2 Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jom upgrade Amal ;)

Okey, entri hari ni kisah cuti-cuti. Khas untuk korang yang hobinya melancong dan bercuti keluar Negara atau dalam Malaysia. Super excited kan bila story-mory pasal holidays & travel

Siapa yang selalu travel ke sana sini tanpa henti? Yang selalu kerja outstation, atau memang dah kaki bercuti atau tak reti nak duduk diam dan suka berjalan-jalan? Bukan nak buat kajian ;) tapi ada benda nak share untuk kemudahan dan kesenangan korang di hari kemudian. Hahaha, macam financial advisor lak CM kali ni kan. So apa yang penting sangat tu yang CM nak share beriya-iya ni? 

cikmasland.blogspot.my
Travel with Traveloka ❤️

Korang pernah dengar Traveloka? Kalau tak pernah maksudnya korang tak pernah la book flight ticket kat sini kan? Ala, ruginya... Ha, meh CM nak bagitau, sekarang ni korang dengan senangnya boleh book di web atau apps Traveloka tau.

Sudah semestinya ramai suka pilih AirAsia, sebab CM rasa ramai mampu nak ke mana sahaja bersama Airasia. Al-maklum, AirAsia dengan slogannya “Now everyone can fly” sentiasa menjadi pilihan no. 1 CM dan sure majority dari korang pun sama kan? Sebab apa? Of course la harganya yang agak murah. 
So, macam mana kalau korang nak book atau bandingkan harga yang sesuai dengan bajet korang nanti? Sebab tu CM cadangkan untuk pergi ke Traveloka. Bukan pergi ke office diorang tapi just pergi ke apps atau web diorang. Just klik-klik je. Informasi di hujung jari anda. Ha giteww :D
First of all, korang kena decide korang nak pergi kemana dulu untuk bercuti. After dah decide tu korang pilihlah tarikh bila korang nak pergi. Jangan pulak korang salah date ‘terbook’ 2 tahun lagi atau hari semalam.  Hahaha, yang ni bukan kisah cuti, jadi nightmare story plak nanti. Melampau kalau camtu. Huhu. Next, lepas korang dah pilih date, nanti akan keluar list of flight yang available pada tarikh korang tu. Korang boleh juga bandingkan dengan hari-hari yang lain sekaligus mudahkan korang untuk buat decision.  

After korang dah decide yang mana satu korang nak book, korang kena isi pula details passenger. Ini perkara basic, and CM sure yang ‘Kaki travel’ memang dah arif sangat-sangat. Lepas ‘setel’ semua korang boleh buat pembayaran by credit card, debit card atau online banking. No worries, Traveloka ni dah terbukti selamat dengan ciri-ciri keselamatannya. Selain tu ada helpline yang boleh tolong korang just in case ada problem dan helpline tu work for 24 hours a day. Daebak! Eh, excited macam nak ke Korea esok je rasa bila story ni. Hihihi
Okey, selain tu korang boleh find out pasal AirAsia promotion kat Traveloka. Korang boleh register dan korang akan dapat update setiap kali ada promotion dari Traveloka. AirAsia e-ticket akan dihantar ke  email korang, so DON’T forget to check your email which is e-ticket ni sangat-sangat penting. Print Out lepas dapat dan bawa ke airport. Just make sure date & maklumat korang dalam e-ticket tu betul. Jadi takdelah korang datang awal sehari ke airport sebab excited sangat. Pernah jadi ke? Hahaha. CM belum pernah terjadi. Excited kot nak holidays. Of course ingat tarikh dan masa. :P 

AirAsia e-ticket is an eligible proof for AirAsia flight. E-ticket yang korang received after completing your online booking transaction. So make sure korang pegang dan simpan waktu nak check in nanti. Jangan lupa bring it together! If not, will spoiled your vacation & buat mood cuti-cuti korang akan kelaut.
Okey, let CM story sikit history diorang ni. They were established in 1993 & AirAsia belonged to a state-owned DRB-HICOM. Its Boeing 737 served the initial flight in 1996. Already in that era, Malaysia has had an advanced aviation industry, labelling AirAsia as the first generation facing a highly competitive challenge.
Siapa yang tak kenal AirAsia? One of the world’s leading Low-Cost Carrier (LCC) headquartered kat Malaysia. Yang pertama of Full-LCC in Indonesia, having the main characteristics as follows: add-on facilities purchasable during online booking like checked baggage, pre-reserved meal and seat selection. Diorang memang target untuk offer low cost price kepada customer yang nak travel dengan harga murah. 

Good news kepada kaki travel dan yang sentiasa kena fly sana sini, book Air Asia tiket di Traveloka adalah pengalaman yang korang akan suka sebab dengan kemudahannya, hanya di hujung jari je. Mudah dan cepat! Cheap long-haul flights such as from Kuala Lumpur ke bandar in Australia, Europe, Japan and South Korea diperkenalkan untuk traveller.
(oh Korea, Anyeong! In my list to travel…:D) 

So, ramai yang boleh travel jauh dengan kos rendah yang ditawarkan. Even CM rasa collection duit raya budak-budak sekarang pun dah boleh beli tiket flight. This is not a joke hokey! Memang murah. These flights use Airbus A-330 and operates under the name AirAsia X. Offering competitive low fare, AirAsia X also flies to destinations like Tokyo, London and Gold Coast. So nanti korang kena find out pasal Air Asia at Traveloka!
Okeylah, panjang plak story CM pasal travel. Jom survey tiket flight di Traveloka korang. Mana tahu ada destinasi impian kan 😘 Klik je link yg dah CM highlighted kat atas tu. Memang tak rugi lah. Highly recommended! Cuti sekolah pun dah nak dekat ni. Mana tahu ada yang plan nak bercuti lepas beraya atau nak beraya kat overseas plak this year kan . Lol~~~ Sempat lagi nak booking ni. Let’s travel with TRAVELOKA...
cikmasland.blogspot.my
Nota Kaki: “Traveloka dulu, then baru story pengalaman cuti korang. :) “Take only memories, leave only footprints
cikmasland.blogspot.my
Klik Info Lanjut

Wednesday, May 16, 2018

Selamat Hari Guru 2018 Dengan Tema: “GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN"


cikmasland.blogspot.my

GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN | Itulah tema Sambutan Hari Guru pada tahun 2018. Dikesempatan ini, CM ingin ucapkan Selamat Hari Guru, kepada semua Guru di seluruh Malaysia. Sesungguhnya, jasa  kalian akan dikenang selamanya. Terima Kasih Cikgu!

Nota Kaki: Jadilah Pendidik yang sentiasa ikhlas dalam mendidik anak bangsa. Setiap kejayaan seseorang, ada jasa guru yang telah mendidiknya. Besar sungguh jasa seorang Guru... ❤️

cikmasland.blogspot.my
Klik Info Lanjut

Sunday, May 13, 2018

Selamat Hari Ibu Buat Ibu-Ibu Seluruh Dunia

Selamat Hari Ibu untuk anda semua yang telah bergelar Ibu. Sujud syukur kepada Allah, kerana dikurniakan Ibu Yang lembut, penyayang dan sangat mengambil berat. 

Semoga Allah beri kesihatan dan umur yang panjang untuk Mak dalam melakukan ibadat demi mencari keredhaanNya. InsyaAllah, amin. 

Tiada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu, 
Tiada tempat yang paling aman & damai selain dipangkuan seorang ibu
Tiada bunga yang lebih cantik & indah, selain senyummu ibu
Pelukanmu, belaianmu, senyumanmu menjadi kerinduan nombor satu...

Kerana... Kaulah RATU dihatiku”

Nota Kaki: SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu didunia. To my Mak, will always love you until Jannah. 

cikmasland.blogspot.my
Love You To The Moon & Back Pn Hajah Masnah ❤️





Klik Info Lanjut

Wednesday, May 9, 2018

Tuesday, May 8, 2018

Shah Alam Menggamit Kenangan Lama | Ruang Santai

Teringat zaman belajar ‘dolu-dolu’ dekat Shah Alam ni. Biasanya lepas habis je kelas memang berebut-rebut nak naik bas UiTM untuk ke Seksyen 2. Pastu lepak kat kedai-kedai makan Seksyen 2 tu. Tapi sekarang, macam dah tak meriah sangat je. Alahai, rindunya kenangan lalu. Time belajar, bila throwback, mesti senyum sendiri. Sekarang ni, bas mini warna pink pun dah takde. CM jumpa dekat Muzium Negara je hari tu. Hihi

cikmasland.blogspot.my
Dalam perjalanan lagi CM dah teruja. Sebab tiada lagi Tol Lebuhraya Persekutuan. Wah, syok orang Shah Alam ye. Apa yang buat CM ingat sangat pasal tol ni? Dekat tol ni la tayar motor en husband pancit. Hahaha... Makanya tersadai la kami bawah pokok-pokok tepi tol tu. Time tu tension je rasa, tapi sekarang bila ingat balik, mesti kami gelak... hahaha

Sebenarnya, bukan plan nak kesana pun. Balik memancing ikan dari Klang, singgah la kat Shah Alam. Kebetulan lalu depan PKNS dan nampak pula Satay Kajang. Encik husband CM memang minat makan satay. Tambah pula perut tengah berkeroncong minta diisi. Sebelum ni, CM pernah singgah  PKNS ni. Tapi time tu macam banyak kedai tutup. Rasa macam, eh what happened? Biasanya, PKNS ni meriah. Might be, Shah Alam dah pesat membangun. Shopping Mall baru pun dah banyak. Mungkin students ‘cuci mata’ ke sana pulak kot. 

cikmasland.blogspot.my

Tapi, bila CM pergi kali ni, meriah sungguh PKNS.  I am confused plus excited! Mungkin sebab banyak booth jualan baju raya dah bermula kot. Memang rambang mata tengok jualan baju-baju raya korang. Memori dulu kembali lagi. Asal nak dekat raya, mesti cari baju raya  dekat PKNS ni. Rasanya tahun ni, nak cari baju kat sini lahhhhh... Korang jangan beli kat sini tau. Nanti sama la pulak... hahaha

Habis makan dan shopping sikit-sikit, kami teruskan meronda Bandar Shah Alam. Masuk dalam Kampus UiTM. Jejak memori-memori lama dulu. Bising la mulut CM dan husband bercerita pada twin kami. Memori belajar dedi dengan mami dulu-dulu. Mujur anak-anak bagi respond. Kalau tak, nampak mami ngan dedi ni syok sendiri je la..

Lalu Dataran Shah Alam. Kemudian Masjid Shah Alam. Pendek kata, semua tempat yang ada kenangan, kami ronda. Dah hampir 13 tahun kot! Banyak yang dah berubah. 

cikmasland.blogspot.my
Nota Kaki: CM sekadar berkongsi cerita lama. Hihi. Alhamdulillah, cinta dikampus berakhir ke jinjang pelamin. Moga #tillJannah. InsyaAllah. Amin... Dan kami dah ada anak kembar pun, Iman dan Najla. Now dah nak masuk 10 tahun. Syukur Alhamdulillah..

Tak banyak gambar yang CM sempat ambil. Sibuk jadi tourist guide pada anak-anak. Ni pun, gambar dalam kereta yang tengah bergerak. So, tak cantik sangat. Asalkan ada, ye tak.

Tq korang yang sudi baca..Siapa geng study UiTM tahun 2010? Hashtag, jejak kasih... lol ~~

*****
xoxo,
CM
#cmsipenulisblog
#cmsipenjualshaklee
#shakleecodpantaidalam

Klik Info Lanjut

Thursday, May 3, 2018

Misi Untuk Berkebaya Merah Di Aidilfitri | Ruang Santai

Assalamualaikum dan selamat pagi yang indah korang...

Mesti ramai yang impikan nak berkebaya merah, hijau emerald, gold, royal blue dipagi Aidilfitri nanti kan? Itu antara impian CM juga tau. Gara-gara tengok Umi Aida yang gojes dalam filem Dukun tu, ramai yang up status facebook nak ber ‘Red Kebaya’ di Hari Raya nanti. CM pun terjebak sekali. Tapi... I am suka yang simple-simple je (sebenarnya nak cover, badan dah demoks sekarang 😁 hahaha)

Okeylah, sebenarnya boleh je nak berkebaya. Bukan orang kurus-kurus je ada tiket untuk cantik berkebaya. Yang chubby pun cantik berkebaya tau! Dengan syarat ada cutting la. Jangan yakin sangat nak berkebaya tapi cutting straight bak pohon jati 😂 huhuhu. But, if uols with high self confidence, takde masalah pun. Pakai je la diknon. 

So, apa kita perlu target nak berkebaya ni? Firstly, of course kena fokus bahagian tummy. Kalau rasa-rasa perut buncit, sila la buat sesuatu. Hai, fikirkan tummy, murung sekejap. Sapa geng? Alah, korang-korang jangan nak cover sangat. Jujur hokey! 😝 

Ni anatara senaman yang boleh kita buat sepanjang puasa sebelum menjelang Aidilfitri. Tapi, beringat la ye. Jangan sampai exhausted! Puasa tau... buat santai-santai je. Jom mulakan dari hari ni. Fighting for Red Kebaya!

cikmasland.blogspot.my
Gambar Google. Kredit kepada Darebee.com

Okey, cara senaman untuk dapatkan flat tummy dah ada. Whats next? Diet? Owh, tak perlu fikir diet lagi. Sebab kita memang bakal berada di Bulan Puasa. Time ni, badan akan melalui proses detox. So, apa yang perlu kita buat, hanya pastikan time bersahur dan berbuka tu, kita banyakkan minum air, makan makanan yang sihat dan kaya dengan protein untuk kekal bertenaga sepanjang puasa dan dapatkan kembali tenaga yang hilang selepas berbuka. CM yakin, ramai yang expert bab healthy food ni kan. So, no need to mention again.

cikmasland.blogspot.my
Inspirasi CM ❤️

*****

CADANGAN SUPLIMEN SEPANJANG BERPUASA
Hidangan Lengkap dan Pantas 
Kurangkan Inci dan Membekalkan Nutrien seperti satu hidangan. Tak perlu risau perut lapar lagi! Dapat berpuasa dan dapat kurangkan inci juga - 
Cinch Shake Mix Shaklee

10% Diskaun Dengan Pembelian Twin Pack
Menyegarkan dan menghilangkan Dahaga. Dengan proprietari OPTI-Lyte campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat dapat membekalkan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum - Performance Drink 

Minuman Yang Sedap, Berkrim lagi Berkhasiat.
Sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk semua peringkat umur. Salah satu suplimen cadangan untuk anak-anak yang baru mula belajar berpuasa - Meal Shakes

Anda mungkin juga berminat:

Sumber Protein yang terbaik dan Membekalkan tenaga. Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah Gastrik dan Diabetes. Ianya RENDAH Glisemik Indeks (GI) & Non-GMO - ESP
cikmasland.blogspot.my
SET PREMIUM DI BULAN RAMADHAN

Nota Kaki: Misi Ber ‘Red Kebayais turning ON

*****
xoxo,
CM
#cmsipenulisblog
#cmsipenjualshaklee
#pengedarshakleepantaidalam
Klik Info Lanjut

Tuesday, May 1, 2018

Salam Nisfu Sya’aban, Selamat Hari Pekerja Dan Selamat Datang May | Ruang Santai

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Agak lewat CM nak wish ‘Happy Labour Day” untuk semua yang bekerja. Hari ni 1 Mei 2018, bersamaan 15 Sya’ban. Dah masuk pertengahan bulan Sya’aban. Bermakna, Ramadhan bakal kunjung tiba tak lama lagi. Jom lah siapkan diri supaya Ramadhan Tahun ini akan menjadi lebih bermakna buat kita semua... InsyaAllah.

“Ya Allah, temukanlah kami dengan Bulan Yang Mulia dari seribu bulan” Amin.
cikmasland.blogspot.my


SELAMAT HARI PEKERJA

cikmasland.blogspot.my


SELAMAT DATANG MAY

cikmasland.blogspot.my
NOTA KAKI: Road to Ramadhan.... Salam Nisfu Syaaban dan selamat datang May... 

*****
xoxo,
CM
#cmsipenulisblog
#cmsipenjualshaklee
#shakleepantaidalam

Klik Info Lanjut

Friday, April 20, 2018

Asbab Belajar Tentang Blog, Dapat REWARD Sebotol VIVIX! | Jom Berblog


cikmasland.blogspot.my

Assalamualaikum dunia...

Ni throwback kisah last week. CM dapat reward dari Master Iffah Anuar dan suami beliau Master Firdaus. Asbab join kelas untuk blog, CM dapat reward lagi! Sebotol vivix ha. 


Allah, happy nya rasa. Dah lah dapat ilmu, dapat reward lagi. Advantages untuk CM. Blog berwajah baru, dapat skill untuk naikkan rank blog dan trafficplus dapat reward lagi. MasyaAllah, Terima Kasih tak terhingga untuk Master suami isteri the Founder of s2u Families. Moga Allah beri keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah, amin...


Now CM tengah join #timGemukDuitSaving plak. Matlamat utama, nak capai target saving. Ada-ada saja aktiviti Master-Master dalam Shaklee ni. Tapi memang ilmu yang mahal! Jom korang, sapa nak join team ni boleh wasap CM. Klik je icon socmed tepi tu. Klik wasap. InsyaAllah sampai mesej korang tu. 😁 Dengan syarat, jadi la ahli Shaklee bawah team CM

cikmasland.blogspot.my

Okeylah, nak throwback plak kisah dolu-dolu CM. Masa CM start berblog tahun 2010, ramai blogger yang ‘biasa-biasa’ je time tu, tapi sekarang dah jadi blogger terkenal. Terdetik dekat hati, kenapa ai tak fokus berblog dulu? “Kalau dolu-dolu ai maintain & perform, kot ‘femes’ jugak dah sekarang...” hahaha... ha, korang jangan ‘label’kan CM gila glamer pulak 🤣... No no no... Pointnya sekarang, CM nak kata yang CM ni suka buat kerja ala-ala ‘melepaskan batuk di tangga’. Ha gitewwww. Tak fokus.


Now, back on track. Slowly berjinak-jinak semula dengan dunia blog, hasil tunjuk ajar dan courage dari Master Firdaus. Percayalah korang, jika kita fokus, perkara yang biasa-biasa mampu memberi impak dalam hidup korang. 

Dunia makin maju, dengan aktif berblog, ramai yang berjaya menjana side income. Blog ni satu medium yang long lasting. Sampai bila-bila akan hidup. Jangan kena virus sudah! 

Korang nak berbisnes ke, nak share resepi ke, nak cerita lifestyle atau apa-apa je lah. Asalkan dapat memberi maklumat yang tepat dan boleh menarik minat orang membaca. Kita sebagai penulis blog, so tulislah apa pun yang kita suka.

Selagi tak menyalahi undang-undang, tak wujudkan sentimen perkauman, isu-isu yang menjurus kepada kekacauan atau ancaman pada Negara, kita bebas nak berkongsi apa jua cerita. 

Tak tahu nak create blog? Korang boleh google je. Berlambak tutorial cara create blog. Dah tengok pun still tak boleh buat? Sila la serahkan pada yang pakar. Upah je la orang untuk setup ye. 😁 

Okeylah, sebelum tutup kisah, nak belanja korang mood ‘JAKUN’ CM... hahaha... Tadaaaa!!! Berjaya juga CM apply Google adsense. Walau pun blog CM nubis kubis😅, who knows, 2 3 years in future kan... well, impian biar besar. Baru usaha pun besar... hasilnya pun besar-besar nanti... InsyaAllah... 😊


cikmasland.blogspot.my

*****

Nota Kaki: Setiap impian mesti disertai dengan usaha, dan selebihnya Tawakal padaNya. Yakinlah, pasti ada ‘reward’ menanti. Rezeki Allah tak pernah salah alamat, unless korang lupa nak ‘submit alamat’. Fikir-fikirkan... 😊

*****
xoxo,
CM
#cmsipenulisblog
#cmsipenjualshaklee
#pengedarshakleepantaidalam






Klik Info Lanjut

Monday, April 2, 2018

Selamat Datang Cik April! Selamat Tinggal Mr Mac | Dear Diary

cikmasland.blogspot.my

Assalamualaikum semua...

Agak lewat post untuk CM ucapkan selamat datang pada Cik April. Bukan apa, CM belum boleh move on nak tinggalkan Mr Mac. Sebab bulan Mac is my Birthday and Anniversary. Walau usiaku makin meningkat, ku syukuri dengan segala Nikmat yang telah Allah kurniakan. Siapakah kita untuk mendustakan nikmat yang telah Allah kurniakan? 

Nikmat Bahagia, Nikmat Sihat, Nikmat dikelilingi orang yang sayangkan kita, suami dan anak-anak, semuanya Nikmat Dunia yang Allah berikan. Subhanallah, Alhamdulillah... 
Terima Kasih Ya Rabb...

***

Selamat Datang Cik April

Macam-macam yang CM plan untuk Bulan April. Nak majukan diri, nak majukan empayar, nak upgrade iman, nak upgrade sifat sabar, tak mau banyak gosip, dan yang penting tak nak ‘membawang’... hahaha... 

Siapa makcik-makcik bawang tu, blog ni takde gosip untuk jadi modal membawang ye. Ops! Macam-macam la sekarang ni kan. Dari viral bab mengunyit sekarang membawang pulak. Semoga kita terhindar dari virus viral yang mengaibkan. Nauzubillah.

CM nak share kata hikmah dan pantun yang CM suka sangat ni dengan korang semua.

cikmasland.blogspot.my
“Jangan ditepuk air di dulang,
Nanti terpercik ke muka sendiri,
Jangan disebut aibnya orang,
Nanti terbuka aib SENDIRI”
Oleh itu, janganlah kita sewenang-wenangnya bercerita, share dan viralkan cerita yang kita tak pasti kebenarannya. Even cerita tu betul pun, kalau boleh kita tutup, kita tutup. Sama-samalah kita berubah dari buruk kepada baik, dari baik menjadi lebih baik. 

•••••
Ms April, Please Be Nice To Me!

Jom korang, kita plan apa yang kita nak achieve di Bulan April ni. 

Tips CM: Lakarkan apa yang korang nak capai, letak ditempat yang anda akan selalu nampak, sebut hari-hari, dan selebihnya panjatkan DOA pada yang Maha Pemberi. Jom jadikan sebagai rutin harian kita. InsyaAllah, tiada yang mustahil dengan izinNya. 
“We Plan, But Allah is always the best Planner”

Nota Kaki: “When we repair our relationship with Allah, He repairs everything else for us”

Lavs, CM
Si Penjual Shaklee ❤️

cikmasland.blogspot.my




Klik Info Lanjut