Tuesday, January 28, 2014

Tips & Petua: Sembuhkan BAYI Demam, Selsema & Batuk

 Assalamualaikum & selamat pagi...
Entri hari ni masih lagi dalam 'mood' demam, batuk & selsema. Tapi kali ni CML fokus pada BAYI pulak ye. Sebab bagi CML, jika BAYI yang tidak sihat, ianya agak sukar dan sangat MEMBIMBANGKAN (berdasarkan pengalaman CML).
*****

Bayi DEMAM memang membimbangkan. Ibu bapa harus bersedia.
Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine(kesan mengantuk)

Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia (Nauzubillah).


Walau bagaimanapun ada beberapa PETUA yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi:
  1. Makan madu asli. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat boleh tambah air sikit.
  2. Guna kunyit hidup. Gosok kuyit hidup dekat belakang lesung batu atau mana-mana  permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk,ambik serbuk tu dan letak di bahagian batang hidung bayi.
  3. Sama macam nombor 2. Gosok kunyit sampai keluar serbuk kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
  4. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.
  5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya.
  6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi.
“Jika anda pegguna produk SHAKLEE, HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM merupakan krim pelbagai guna yang sesuai untuk bayi anda. Produk Semulajadi dan selamat. Boleh digunakan untuk sapu badan bayi. Berbau menthol dan menyegarkan” CM
BACA JUGA INFO HERBAL BLEND

cikmasland.blogspot.my
Tips:

Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.Insya ALLAH dengan izinNya bayi anda akan sembuh.
*****
Antara Petua lain:

1- Kerap menyusukan bayi anda

2- Apabila mandikan bayi anda, mandikannya dengan air suam.

3- Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap. Caranya ialah, pasangkan air shower panas di dalam bilik air, pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap. Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi. Jika tiada shower, air panas yang dimasak di dapur, masukkan dalam baldi di bilik air juga pasti menjadikan bilik air berwap.
(Kaedah wap ni, anda boleh juga mencuba menghadapkan bayi anda ke besen yang mengandungi air panas berwap (Jarakkan dalam 1/2 meter). Time ni bayi anda akan menangis kerana tidak selesa, tetapi hasilnya anda akan lihat lendir akan keluar dengan banyak. TAPI, sila BERHATI-HATI ketika melakukannya supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku).
 

BAYI DEMAM:
Pastikan anak dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.

BAYI SELSEMA:
Tetap mandikan 3 kali sehari. Supaya bila selepas mandi, lender akan mudah keluar.

BAYI BATUK:
Tetap mandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Dan bila tidur malam, sapukan minyak Telon dibelakang badan bayi anda dalam jam 1-3 pagi. Insya Allah, kahaknya akan cepat reda.

cikmasland.blogspot.com

TIPS WAKTU MANDI;
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas Zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan bayi anda dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada bayi anda tidak mudah sejuk dan diserang SELSEMA. ( Jika minyak terlalu panas, campurkan dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut kepada bayi anda).
Kredit: Embun Pearl
************************

Nota Kaki: Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan jika bayi anda di susukan dengan lebih kerap sewaktu bayi dalam fasa TIDAK SIHAT. Ianya bertujuan supaya anak anda lebih bertenaga & antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan lebih cepat. So, bagi anda yang baru menjadi IBU, jangan PANIK ye.

Sharing is caring,
PENGEDAR SHAKLEE PANTAI DALAM

CikMas 
WASAP: 0122218698
IG: @cikmasland
FB: Masdiana Hj Che Din

****************
IKLAN 
Cadangan Set Penyusuan Shaklee... Susu pasti meriah!

0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)