Sunday, February 2, 2014

Feel Freedom with 'Title' WAHM...

Apa freedom project 2014 uols?
Selamat malam uols... 
Baru lepas late dinner pekena Nasi Lemak plus teh tarik ais di Restoren Selera Rasa Segar, Miri ni. Kalau orang local, restoren ni terkenal dengan nasi lemak pinggan besar... Malam-malam macam ni, memang agak susah nak cari kedai makan melayu yang beroperasi. Tambah cuti CNY. Kedai Melayu pun 'cuti' sekali... Al-maklum, 1 Malaysia... Bila perut dah kenyang, mood ber'blog' tiba-tiba mariiii... So, entri malam ni, nak diskusi tentang tajuk kat picture wall entri ni 'Your Freedom Project'... Bunyi macam gah gitu... Hahaha... (Ketawa senang hati).

So, nak bagi soalan cepumas... Apa impian masa depan kita? 
Kalau CML, impiannya yang 'gedek-gedek' aja... (Loh, speaking jawa barat gitu... Kikiki). Ala, mimpi la apa pun, tak salah. Bukan kena bayar pun... Dah memang lumrah hidup... Jom CML guess impian uols.

✔️Financial Freedom
✔️Nak pencen awal with passive income
✔️Tunai Umrah @ Haji diusia muda
✔️Family Trip
✔️Increment meningkat setiap bulan
✔️Nak jadi WAHM (Work at Home Mommy)
✔️Nak bantu mak ayah & keluarga
✔️Nak itu, nak ini... Bla, bla, blaaaaa...
Kalau aku kayoooo pendek kata...

Bila dah punya impian, bagus la tu. Dah ada point to achieve. Soalan seterusnya, boleh ke kita capai semua tu?
Dengan izin Allah, TIADA YANG MUSTAHIL pun... Selagi kita berusaha, Allah akan membantu. Sama ada cepat atau lambat sahaja... Bahagian kita dah tertulis... Kita selalu disogok dengan peribahasa "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu", tapi tanpa usaha, tanpa LANGKAH PERTAMA, takkan kejayaan datang bergolek pulak.. Hihihi... Oleh itu mari kita muhasabah diri.

CML suka qoute ni. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang...

CML punya FREEDOM Project 2014, ingin lebih berjaya sebagai Work at Home Mommy... Nak lebih fokus, lebih kuat fizikal & mental, lebih tanggungjawab & semuanya lebih la pendek kata.

Kalau dolu-dolu teringin juga ber'title' wanita bekerjaya. Siapa taknak kan... Tapi rezeki CML rupanya dari rumah. Alhamdulillah... Syukur pada Allah yang punya rancangan TERBAIK buat CML. Now, CML mulakan pula langkah bersama Shaklee. Semoga Allah permudahkan juga. Aaminn...

Okey lah, last word untuk anda.. "Jika anda punya impian, realisasikan ia menjadi kenyataan. Jika anda punya mimpi, bawa mimpi ke alam realiti... Jika anda punya peluang, CAPAI ia selagi berpeluang" 


Nota Kaki: Entri malam ni as Motivasi untuk diri sendiri & sahabat-sahabat CML... Semoga apa pun FREEDOM Project yang kita sedang atau akan mulakan, semoga dipermudahkan & berjaya hingga akhirnya.. Insya Allah... Wallahu'alam

Gud nite, feeling determined...
CML 😊

2 comments:

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)