Saturday, May 5, 2018

Matahari Dan Kulit Anda. SPF Apa Yang Sesuai Dengan Cuaca Malaysia? | Info UVA/UVB

Fungsi Matahari memang tak dapat kita nafikan kepentingannya. Tanpa sinar Matahari, gelaplah dunia. Hihihi. Anyway, CM bukan nak story-mory tentang kepentingan matahari. Tapi nak share tentang kesan dan bahayanya terdedah dibawah panas terik matahari dalam waktu yang lama. Terutamanya pada kulit wajah kita.

Melalui pengalaman CM sendiri, terlalu terdedah dibawah panas matahari, memang merosakkan kulit wajah. Mula-mula, kulit akan terbakar or we called it ‘surburn’ (like kulit udang kena panggang) huhu. CM biasa lalui pengalaman ni, namun tak insaf-insaf juga. Sebab CM ada satu hobi yang jarang-jarang ladies suka kot. Fishing! Yes, memancing...

cikmasland.blogspot.my

Tapi bila kulit dah start bermasalah, jeragat plus pigmentasi makin bermaharajalela, baru ku sedar diri. Time ni, baru terhegeh-hegeh mencari skincare yang sesuai. Sigh~~~

Okey, jom sambung story bahayanya jika selalu terdedah dibawah sinaran ultraviolet (UV) kepada kulit kita. Bukan sahaja pada kulit wajah, malahan mungkin akan memberi masalah lain seperti kanser kulit.

*****
cikmasland.blogspot.my
Perbezaan UVA Dan UVB

Sinaran Ultraviolet terbahagi kepada UVA dan UVB. Yang manakah lebih bahaya?

Menurut kajian, UVA dapat menembusi bumi sebanyak 98%, selebihnya 2% lagi adalah UVB. Nampak tak mana lebih jahat? Oleh itu, kita dinasihatkan agar tidak terlalu terdedah sekitar jam 10 pagi hingga jam 2 petang. Sebab, sinar UVA/UVB pada waktu ini berada dititik puncak.

UVB tidak menyerang lapisan dalam kulit. Tapi menyerang lapisan luar kulit. Dan kesannya kita akan nampak pada permukaan kulit iaitu kesan sunburn. Keadaan dimana kulit kita akan kemerahan, kepanasan dan seterusnya berubah menjadi gelap selepas 1 hari.

cikmasland.blogspot.my
Kesan terdedah dibawah sinaran UV
Manakala UVA pula, akan menyerang terus sehingga ke dalam dermis layer. Inilah yang akan menyebabkan masalah penuaan kulit pra-matang (pre-mature skin ageing), masalah kedutan, kulit kusam, jeragat dan pigmentasi. Lebih teruk lagi akan menyebabkan iritasi atau radang kulit yang menjurus kapada masalah kanser kulit.

Pakar Dermatologi mencadangkan penggunaan sunblock atau SPF yang bersesuaian, untuk melindungi kulit dari kerosakan secara terus dari sinaran  UV.

Apa itu SPF?

SPF cream bermaksud Sun Protection Factor. Kita perlu memakai sunblock apabila melakukan aktiviti diluar yang terdedah kepada sinaran UV. Ianya bertujuan untuk melindungi kulit dari dirosakkan oleh sinaran UV.

Cara memilih SPF yang sesuai untuk Kulit

SPF terdiri dari spf15, spf30 dan spf50. Perbezaanya adalah berapa lama waktu ianya bertahan kepada kulit kita. Ini mengikut situasi rutin harian kita. Jika kerap terdedah dibawah sinar UV, dicadangkan mengambil spf50. Jika anda bekerja di dalam ofis, dan jarang terdedah pada sinaran UV, spf15 sudah memadai.

Namun, kalau mengikut cuaca Malaysia sekarang dengan cuaca panas yang agak ‘melampau’, tidak boleh tidak, kita perlu memakai sunblock sebelum keluar rumah.

Tips memilih sunblock
  1. Spf yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita 
  2. Mempunyai UVA & UVB
  3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita ( spray/ gel/ krim)
FAKTA!
Selepas muka dibasuh, sila apply spf/sunblock sekali lagi ye. Sebab SPF/sunblock ni tiada istilah ‘WATER PROOF’- Dr Erna Nadia

Nota Kaki: Ada yang kata, nak kulit cantik ambil Wudhu’. Apa korang ingat yang tak cantik dan kulit bermasalah tu tak ambil wudhu’ ke? Jangan mudah menilai dan menjatuhkan hukum ye. Jom cantik luar dan dalam. Bersihkan kulit dengan skincare yang terbaik, dan indahkannya dengan sentiasa dalam keadaan berwudhu’. Ha gitewww... 

*****

Rujukan/Kredit:


*****
Tips

Jika anda mencari Krim SPF, pastikan ianya mengandungi broad spectrum yang melindungi dari sinaran UVA & UVB. Jika krim SPF tertulis PA++, maksudnya ia TIADA perlindungan UVB. So, kalau pakai pun masih boleh sunburn

cikmasland.blogspot.my

YOUTH Skincare dari Shaklee SPF50 diuji ke atas kulit wanita asia. Plus, mengandungi perlindungan UVA dan UVB. 

YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 Shaklee melindungi anda selama 16 jam! Wow!

cikmasland.blogspot.my

YOUTH SKINCARE Intensive Set tengah PROMOSI SEKARANG. Jom dapatkan Set Skincare Premium dari Shaklee ni. InsyaAllah, DIJAMIN puas hati. ❤️

Jika berminat untuk order, BOLEH KLIK ICON disebelah untuk hubungi CM
*****
xoxo
CM
#cmsipenjualshaklee
#cmsipenulisblog
#shakleepantaidalam





0 comments:

Post a Comment

TQVM pada uols yang sudi tinggalkan komen/jejak di Blog CM ni. Salam Ukhwah...
“Life is a story, make yours a BEST SELLER”
L❥vs, CM (◕‿◕✿)